Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Mac 21, 2010

Media Baru Bakal Kuasai Undi Rakyat, Utusan Bankrap Umno Bakal Lingkup PRU13

Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter Menurut Pusat Kajian Zentrum Future Studies.

pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan berkata jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.

 Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.

Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.

"Untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama,"

“Rakyat Malaysia semakin cerdik dan mereka telah keluar daripada politik primitif dan telah semakin maju ke depan,” ujarnya lagi kepada media.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat melancarkan boikot Utusan Malaysia dengan laporan melampau berhubung kes fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim

Edaran media arus perdana Melayu semakin menurun setiap hari dan angkanya di bawah 200,000 naskhah dan angkanya semakin menurun.
(Hidup mati akhbar di Malaysia di dunia, Utusan M – 2/12/2009)

Sabtu, Mac 20, 2010

Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak, terduduk!


KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.


--erapakatan

Rejim Zionis Israel Kuasai Komunikasi Negara???

Bekas tentera Israel, Izhak David Naskar bertanggungjawab membina sistem komunikasi yang bernilai RM42 Juta untuk Polis Diraja Malaysia.

Pendedahan yang dipetik dari laman chegubard itu juga menyatakan keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Individu yang bertanggungjawab membina sistem dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel.

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah pakar sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Menurut laman blog tersebut, seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Sebelum itu, APCO Worldwide yang bertanggungjawab dengan Gagasan 1Malaysia  dipercayai mempunyai hubungkait secara langsung dengan Israel.
APCO Worldwide juga dikuasai oleh rejim zionis tersebut melalui Majlis Penasihat Antarabangsa yang terdiri daripada Itamar Rabinovich, Shimon Stein dan Doron Bergerbest-Eilon termasuk seorang mantan Presiden dari Tel Aviv University, Rabinovich adalah juga Pengerusi Dan David Foundation (diasaskan diIsrael) , yang diberi nama selepas kelahiran Romania dermawan Yahudi yang aktif dalam pergerakan pemuda Zionis tahun 1940.

APCO Worldwide juga menawarkan perkhidmatan kepada negara pemimpin diktator seperti Nigeria, Sania Abacha dan Presiden Seumur Hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Orang kito