Penamaan calun P49 Hulu Selangor adalah pada 17hb April 2010. Tidak lama lah lagi. Jentera pilihanraya PKR sudah bersiap sedia dan ada yg sudah menetap di sana untuk memantapkan lagi usaha mengekalkan kerusi tersebut.
Rata-rata orang Hulu Selangor tidak sabar untuk menanti tibanya tempoh berkempen. Yang mahu dengar cerita tentang pelbagai isu yang bakal dibawa oleh pemimpin-pemimpin PR yang akan turun padang.
Pastinya isu seperti APCO dan berkaitan dengannya, bakal menjadi tajuk utama kempen-kempen yang bakal diadakan. Pasti menarik !
Kru anakmudashahalam.blogspot akan bersiaran terus menerus setiap hari bermula dari masa terdekat ini untuk memberikan gambaran jelas keadaan di Hulu Selangor.
Laporan yang akan dibuat nanti berakhir sehingga ke saat pengumuman keputusan itu nanti.
Pastikan anda bersama kami dan kami akan sertakan gambar gambar menarik sepanjang musim pilihanraya P49 ini.
Tunggggguuuuuuu.........!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kawan-kawan dan sahabat handai....
Khamis, April 08, 2010
Sabtu, April 03, 2010
Kes Perbicaraan Pendedahan Perjanjian Konsesi Air Tunda 4 Mei
KUALA LUMPUR 3 Apr - Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Mohamed Apandi Ali menetapkan 4 Mei bagi sebutan kes permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 individu lain yang mencabar keputusan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang enggan mendedahkan laporan audit dan perjanjian konsesi berhubung penswastaan air.
Mahkamah juga mengarahkan supaya Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor menghantar surat tentang pendirian mereka yang sebelum ini mempunyai pendirian berbeza dengan kerajaan negeri.
Sebelum ini Penasihat Undang-undang bersetuju mendedahkan perjanjian konsesi tetapi kemudiannya berkata ia tidak boleh didedahkan atas alasan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Selain itu juga mahkamah meminta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengambil bahagian dalam kes tersebut kerana perbicaraan dan keputusan kes ini melibatkan mereka.
Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud menjelaskan kes ini terpaksa ditangguh lagi kerana hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku.
"Walaupun kita mengharapkan kes ini dapat diselesaikan tetapi ada masalah teknikal yang perlu diselesaikan seperti Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor perlu menghantar surat kepada mahkamah tetapi sehingga kini belum dibuat dan juga Syabas diminta supaya diberi peluang terlibat dengan mana-mana pihak dalam perbicaraan ini.
"Jadi nampaknya kes ini akan ditangguh lagi sehingga 4 Mei, kita harapkan kes ini dapat diselesaikan dengan segera kerana perjanjian konsesi adalah satu isu yang terlibat dengan soal prinsip hak dalam mendapatkan keterangan semua perkara," jelas Syed Shahir yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor.
Sebelum ini, MTUC dan 13 individu lain termasuk dua kanak-kanak berusia 10 dan 15 tahun telah menfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Januari 2007 agar mahkamah mengeluarkan satu perintah deklarasi bahawa laporan audit itu dan perjanjian konsesi yang ditandatangani di antara Syabas dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 15 Disember 2004 diklasifikasikan sebagai dokumen awam dan bukan dokumen rahsia.
suara-keadilan.com
Ahad, Mac 21, 2010
Media Baru Bakal Kuasai Undi Rakyat, Utusan Bankrap Umno Bakal Lingkup PRU13
Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter Menurut Pusat Kajian Zentrum Future Studies.
pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan berkata jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.
Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.
Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.
"Untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama,"
“Rakyat Malaysia semakin cerdik dan mereka telah keluar daripada politik primitif dan telah semakin maju ke depan,” ujarnya lagi kepada media.
Sebelum itu, Pakatan Rakyat melancarkan boikot Utusan Malaysia dengan laporan melampau berhubung kes fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim
Edaran media arus perdana Melayu semakin menurun setiap hari dan angkanya di bawah 200,000 naskhah dan angkanya semakin menurun.
(Hidup mati akhbar di Malaysia di dunia, Utusan M – 2/12/2009)
Langgan:
Catatan (Atom)






