Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Februari 22, 2010

2009 Industri Sawit Catat Keuntungan Tapi Felda Rugi RM1Billion

Semua syarikat, individu dan perindustrian berasaskan minyak sawit dan perladangan sawit di seluruh dunia tahun 2009 mencatatan keuntungan sangat lumayan.

Perkhabaran bertiup kencang Kumpulan Felda Holding dikatakan telah rugi sekitar RM1 Billion tahun 2009.

Berita ini dikatakan sedang hangat dibicarakan 'di bangunan FELDA' .

Dikatakan juga perlantikkan Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab bagi menggantikan Dato’ Ahmad Tarmizi Alias yang dikatakan terpaksa dibersarakan berpunca dari kerugian tersebut.

Dikatakan juga Ahmad Tarmizi tidak bersendirian 'digugurkan' tetapi beliau disertai lebih 50 pegawai bergaji sekitar RM 3,000 dan 2 orang pegawai bergaji RM 11,000 telah dipecat. Jika berita ini benar, maka satu lagi malapetaka dibawah pentadbiran kerajaan 1Malaysia.

Sebelum ini kes mahkamah yang dimenangi oleh peneroka Felda Kemahang merupakan penipuan bersekala besar dan dipercayai semua 103,000 peneroka ditipu melalui keadah yang sama.

Teorinya adalah sama diseluruh tanah rancangan Felda, peneroka telah ditentukan awal menjual minyak sawit bergred rendah sebelum kelapa sawit dijual kepada kilang sawit.

Yang lebih keji dan hina, buah sawit muda dicuri oleh kilang Felda. Diproses dan minyaknya dijual. Manakala diumumkan kepada peneroka, sawit tersebut dilupuskan.(Buah sawit yang diketogerikan muda yang dijual oleh peneroka)


Tahukah Pembaca, ianya dilakukan setiap hari dan diseluruh kilang dimiliki Felda selama berpuluh tahun. Adakah ini palsu ?

Semua bekas dan pengurus serta pekerja kilang Felda ada jawapannya. Bertanya jika kenyataan ini adalah fitnah.


amkj.blogspot.com

Bila UMNO Terlupa Dirinya Pembangkang Di Selangor

Nampak gayanya Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar terlupa walaupun sudah hampir dua tahun Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Selangor sedangkan UMNO sebagai pembangkang di dalam DUN Selangor.

Dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shuhaimi Shafiei yang mendakwa UMNO Selangor berpecah kepada dua kem sememang ada kebenarannya apabila Noh dalam ura-ura melantik orang-orangnya untuk menjatuhkan Khir Toyo pada pilihanraya akan datang.

Tambahan pula Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam proses merealisasi Janji PRU12 dengan melaksanakan program untuk rakyat yang benar-benar menakutkan UMNO.

Penyerahan geran tanah kepada penduduk kampung, membaikpulih projek-projek rumah terbengkalai tinggalan UMNO, melaksanakan Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor yang mana mungkin dilaksanakan UMNO yang telah memerintah hampir 50 tahun menjadi mimpi ngeri pemimpin UMNO yang bakal terkubur selamanya di Selangor.

Ahad, Februari 21, 2010

Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Kerajaan Negeri Selangor



Penduduk Taman Ukay Bistari kagum dengan keupayaan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah projek terbengkalai dalam tempoh singkat, jauh berbeza ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.

Lebih-lebih lagi apabila mendengar jaminan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai seberapa segera.

Penduduk itu menyatakan mereka tidak dapat membayangkan berapa lama lagi harus menunggu untuk menduduki rumah yang dibeli jika kerajaan BN masih memegang kuasa.

“Alhamdulillah, syukur dengan jaminan Datuk Seri hendak dapatkan CF (sijil layak menduduki) secepat mungkin pun saya bersyukur,” kata Aminah Othman, 46, seorang penduduk Taman Ukay Bistari.

Rakannya, Noriahani Ibrahim, 50, berkata pengambilalih Pakatan Rakyat ke atas Selangor memberi rahmat dan memudahkan mereka mengadu masalah kepada pimpinan kerajaan negeri.

“Lega sikit sejak ambil alih ini. Sebelum ini, mereka (kerajaan BN) tidak ambil tahu langsung. Selama ini, kami umpama terumbang-ambing. Tidak tahu kepada siapa yang mahu diaju masalah. Bila dah ambil alih, syukurlah," katanya.

Seorang lagi penduduk Taman Ukay Bistari, Shaari Jusoh, 63, pula tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kerana penantian selama tujuh tahun untuk menduduki rumah yang dibelinya, tercapai jua.

“Hari ini adalah hari paling gembira bagi saya kerana apa yang saya idam-idamkan selama ini dan tercapai,” katanya.

Mereka adalah antara 300 penduduk di Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong yang menjadi kumpulan pertama yang mendapat manfaat hasil daripada usaha pemulihan projek terbengkalai berkenaan.

Mereka adalah pembeli unit pertama projek yang menerima kunci rumah baru mereka daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis sederhana tapi penuh bermakna.

tvselangor

Orang kito