Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Februari 18, 2010

Anwar Lantik Tiga Pakar DNA Asing

Pasukan pembelaan kes Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik tiga pakar Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan forensik dari luar negara untuk membantu dalam perbicaraan kes tersebut.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair dalam satu kenyataannya berkata ketiga-tiga peguam itu akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula esok.

Ketiga mereka ialah Dr Brian Mc Donald dari Sydney, Australia, pakar forensik Dr C Damodaran, dari Chennai, India dan Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Dr Mc Donald adalah ahli patologi dari Universiti Western Australia dan merupakan Pengarah DNA Consults.

Dr C Danodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik dan 36 tahun dalam bidang bio-kimia dan toksilogi.

Manakala Dr Wells merupakan Prof Madya dalam bidang jenayah di Universiti Melbourne dan Ketua Bahagian Perubatan Klinikal Forensik di Institut Perubatan Forensik Victoria.

Mereka akan menyediakan laporan kepakaran dalam bidang DNA yang akan dikemukakan dalam perbicaraan nanti.

Mahkamah yang bersambung esok akan mendengar permohonan Anwar supaya hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian menarik diri dalam perbicaraan tersebut.

suara-keadilan.com

Serangan BN Bukti Pakatan Rakyat Semakin Kuat

Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 3,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.

“Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.

“Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini,” katanya.

Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.

Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.

“Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi,” katanya.

Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.

Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang.

suara-keadilan.com

Rabu, Februari 17, 2010

Selepas Australia, Amerika Desak Kes Konspirasi 2 Anwar Digugurkan

Amerika melalui Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry mendesak kerajaan Malaysia memastikan proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

Sebelum ini, lebih dari 50 Ahli Parlimen mendesak Najib menggugurkan Kes Anwar yang dilihat sebagai sukar dipercayai selepas parti KEADILAN yang menang besar pada PRU 2008.

Dalam satu kenyataan rasmi, John kerry berkata,"Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia".

Orang kito