Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Februari 12, 2010

Rakyat Diutamakan Tapi Bil Elektrik dan Air Tanggung Sendiri

Luahan dari guru-guru dan tenaga pendidik yang semakin resah dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian bagai tidak diendah lagi.Di bawah merupakan antara keluh kesah tenaga pendidik yang tidak diendah oleh kerajaan UMNO-BN yang mana memberikan kesan langsung kepada perkembangan pelajar-pelajar sekolah ;

1.Pihak pentadbiran Sekolah harus membayar sendiri bil utiliti yang mana sebelum ini diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Maka terdapat sekolah yang memiliki makmal komputer tetapi tidak boleh digunakan disebabkan menggunakan kadar elektrik yang tinggi.

2.Skim susu percuma akan dihentikan serta-merta.

3.Peruntukan RIMUP (integrasi antara kaum) dihentikan terus.

4.Sistem kupon kelas tuisyen untuk pelajar asrama yang telah dihentikan serta merta.

5.Tiada lagi peruntukkan makanan bagi pelajar asrama di hujung minggu.

6.Memotong peruntukan buku-buku untuk perpustakaan desa.

7.Penyaluran Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diperketatkan lagi.

8.Bantuan baju uniform kokurikulum yang sememangnya wajib dipakai dihentikan serta merta.

Dalam pelbagai skandal yang melibatkan wang pembayar cukai dari isu kecurian enjin jet , skandal PKFZ , skandal Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh Rawang yang melibatkan ribuan juta.

Mengapakah anak-anak kita dan pihak pendidik yang harus menjadi mangsa dengan pemerintahan UMNO-BN yang tidak langsung memikirkan nasib dan masa depan mereka untuk menjadi penyambung kepimpinan negara.

sumber:tawanmalaysia.com

Rumah IGP Diserbu SPRM?





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menyerbu rumah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan menemui sejumlah wang dengan nilai yang amat besar.

Mengikut Malaysia Today, serbuan itu diketuai seorang pegawai tinggi SPRM Negeri Sembilan pada Ahad dan SPRM kemudian mengambil keterangan Musa selama tiga jam.

"Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya 'bersara dengan aman'," kata laman web terkemuka itu.

Menurut laman web itu, ramai pegawai polis di seluruh negara mengetahui berita itu dan kebanyakan mereka menggelar Musa sebagai 'IGP Bodoh'.

Malaysia Today juga mendakwa selain cakap-cakap pegawai polis, laman itu juga ada ramai kenalan di kalangan pegawai polis yang menjadi orang dalamnya.

"Malah, mereka memperkatakannya dengan penuh semangat, seolah-olah ia adalah berita baik. Mereka seakan amat gembira bahawa bos mereka dah terperangkap.

"Ini mengisyaratkan kewujudan krisis keyakinan yang serius. Jika anak buah anda memandang rendah dan membuat komentar yang meremehkan anda, maka tak mungkin anda dapat terus memimpin mereka," kata laman itu.

Malaysia Today juga mengingatkan pembaca bahawa 90 peratus khabar angin di Malaysia terbukti benar walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Laman itu juga meminta orang ramai menunggu perkembangan lanjut dalam tempoh terdekat dan tidak menolak kemungkinan SPRM membuat penafian dalam hal ini.

sumber: suara-keadilan.com

Tindakan Zahrain Tidak Jejas Pakatan Rakyat

 Pemimpin Pakatan Rakyat melahirkan rasa tidak terkejut di atas tindakan Ahli Parlimen KEADILAN Bayan Baru keluar parti hari ini.

Malah ramai daripada mereka telah menjangkakan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim akan bertindak demikian melihat kepada kenyataan yang bertentangan dengan prinsip dan semangat muafakat Pakatan Rakyat sejak dua minggu lalu.

Beliau mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pertama keluar parti sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Alasan yang diberikan beliau ialah kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman dalam reaksinya kepada Suara Keadilan berkata tindakan yang diambil Zahrain tidak mengejutkan beliau.

"Kita sudah menjangkakan tindakan beliau itu dan kita tidak menangisi keputusan beliau itu. Sememangnya tindakan beliau kebelakangan ini menunjukkan dia mahu kita mengambil tindakan terhadap beliau.

Mansor menegaskan kerajaaan negeri akan membuat 'roadshow' dan turun ke padang menemui rakyat bagi menerangkan kedudukan sebenar isu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malek Abdul Kasim pula berkata Zahrain telah menikam sahabat lama beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim dari belakang.

"Saya mengenali Zahrain sejak lewat tahun 70an dan kami bertambah rapat apabila bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan beliau itu kerana memilih masa ketika sahabat baik beliau, Anwar yang beliau kenali hampir 40 tahun sedang menghadapi cabaran paling getir ketika ini.

"Ianya tindakan menikam kawan dari belakang. Isu yang digunakan beliau adalah isu yang amat kecil iaitu isu persepsi yang boleh diselesaikan dalam rangka struktur Pakatan Rakyat," kata Abdul Malik .

Jelas beliau Zahrain gagal menggunakan pendekatan perbincangan secara sepenuhnya tetapi memilih untuk mengembar-gemburkan isu yang beliau utarakan ke tahap besar.

"Saya melihat ini satu usaha Umno dan BN untuk menggoncang kestabilan negeri Pakatan Rakyat satu persatu.

"Kita lihat di Pulau Pinang, Zahrain dan Tan Tee Beng telah membuka pintu pada usaha UMNO dan BN untuk melemahkan kerajaan negeri," tegas Exco itu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tang berkata walaupun kesal dengan tindakan Zahrain, Pakatan Rakyat akan terus untuk memantapkan kerjasama demi perjuangan untuk rakyat.

"Kami kesal keputusan beliau tetapi mungkin keputusan beliau ini membuka peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan kerjasama dan sama-sama berusaha keras ke arah merealisasikan mandat rakyat," tegasnya.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye ketika dihubungi berkata tindakan Zahrain tidak menjejas perjuangan Pakatan Rakyat.

"Perjuangan akan diteruskan dan keputusan beliau tidak akan memberi kesan kepada perjuangan KEADILAN.

"Saya percaya tidak ada gunanya menggekalkan dalam parti mereka yang pada hakikatnya telah hilang kepercayaan dan meninggalkan landasan perjuangan, apa gunanya mereka terus berada dalam parti?" ujar Dr Lee.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan Zahrain telah mengkhianati dan membelakangkan amanah yang telah diberikan oleh pengundi Bayan Baru.

"Ini adalah soal pengkhianatan kerana beliau bertanding di Bayan Baru atas tiket PKR bukannya atas nama Zahrain Hashim.

"Apabila dia keluar parti bermakna dia mengkhianati amanah pengundi kawasan Bayan Baru. Masalah peribadi beliau yang cuba digambarkan sebagai masalah dasar menunjukkan bahawa dia tidak ada semangat setiakawan atau muafakat dalam Pakatan Rakyat.

"Pakatan sudah menjadi kerajaan dan bukannya pembangkang dan oleh itu cara kita menyelesaikan masalah juga mestilah cara kerajaan bukannya cara pembangkang.

"Tindakan beliau seolah-olah menunjukkan dia tidak faham peranan sebagai anggota kerajaan. Disamping itu saya rasa dalam keadaan sahabat beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi pelbagai tekanan dari Umno dan BN, tindakan beliau itu dilihat sebagai menikam sahabat beliau sendiri dari belakang, beliau sebenarnya tidak patut sebagai seorang sahabat menambah lagi tekanan dan masalah sahabat beliau sendiri," kata Shamsul.

sumber :suara-keadilan.com

Orang kito