Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Januari 10, 2010

Nazri bidas Mahathir isu kalimah Allah


PADANG RENGAS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, (gambar) menafikan dakwaan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaanlah yang membawa isu penggunaan kalimah Allah untuk diselesaikan di mahkamah.

Beliau berkata, Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam yang membawa isu tersebut ke mahkamah dan kerajaan tiada cara lain melainkan menyelesaikannya melalui jalan itu.

“Sebenarnya apa yang Mahathir kata tidak betul sebab yang membawanya adalah Pakiam,” katanya pada sidang media sempena program kempen kesihatan, bertempat di Dewan Kampung Buaia, di sini.


Menurutnya, tindakan kerajaan adalah betul dalam soal tersebut dan tidak mahu isu itu diperkotak-katikkan sesetengah pihak.

Katanya, seperti juga tindakan pijak kepala lembu, walaupun tidak ada dalam perlembagaan mengatakan bahawa pijak kepala lembu adalah salah tetapi kita cuba menyelesaikannya dengan cara baik.

“Ini kerana kita menjaga sensiviti agama dan menghormati agama kaum lain, maka sebab itu kerajaan ambil tindakan, kita halang isu pijak kepala lembu, jadi kenapa kita tidak boleh jaga perasaan orang Islam dalam menangani masalah ini.”

“Sebaran agama Kristian di Malaysia juga tidak pernah menggunakan bahasa Arab, jadi memang tidak sewajarnya mereka menggunakan kalimah Allah untuk agama katolik itu,” katanya.

Nazri berkata, “kerajaan menganggap keputusan mahkamah itu satu kesilapan. Walau apa pun, menteri mempunyai kuasa untuk menjaga keamanan dan kesucian agama Islam.”

“Penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja, kita juga sedia maklum penyebaran agama Kristian tidak pernah menggunakan bahasa Arab. Jadi mengapa mereka tidak terjemahkan “God” kepada Tuhan, sebaliknya mahu menggunakan
perkataan “Allah?” soal beliau.

Beliau turut menasihati orang-orang Islam supaya tidak menggunakan kekerasan dalam menangani isu ini.

“Saya merayu, kekerasan bukanlah pilihan, kita tahu kita berada di landasan betul, jadi kita serahkan kepada mahkamah. Saya mahu lihat undang-undang mesti ditegakkan dan akan pastikan ia memihak kepada agama Islam,” tegasnya lagi.

sumber: freemalaysiatoday

siapa yang sebenarnya mengkhianati orang melayu dan orang islam sebenarnya




Rakyat didahulukan kunun...dihalau lagi ada la....melayu juga yang tertindas

BEKAS TENTERA RAYU TIDAK DIPINDAHKAN DARI KAMPUNG WIRA JAYA – berita hairan

Penduduk Kampung Wira Jaya, Gombak dekat sini yang majoritinya terdiri daripada bekas anggota tentera merayu kerajaan prihatin dengan nasib mereka yang diarah berpindah dari kampung tersebut.

Penduduk diarahkan berpindah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak April lalu bagi memberi laluan pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wira Jaya, Sharif Bahaman, 73, berkata, DBKL telah mengeluarkan notis agar mereka berpindah dari kawasan itu ke PPR Ayer Panas dan diberi pampasan RM1,000.

“Notis itu menyatakan kami perlu berpindah dari sini dalam tempoh dua minggu, ia sesuatu yang tidak munasabah dan jika kami enggan berpindah, DBKL akan robohkan rumah dan kami dikehendaki menanggung kos tersebut.

“Atas alasan itu, 40 keluarga yang tinggal di sini sepakat membawa kes ini ke mahkamah dan kes itu akan dibicarakan semula pada 13 Januari ini,” katanya.

Muhammad bertemu penduduk setempat bagi membincangkan masalah yang dihadapi sejak 35 tahun lalu. Sejak mula diteroka, kampung tersebut telah dihuni tiga generasi keluarga bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat sejak zaman penjajahan lagi.

Seorang lagi penduduk yang juga bekas anggota tentera, Aris Talib, 58, berkata, walaupun ia kawasan setinggan, namun ia tersusun berbanding setinggan di tempat lain.

“Ketika pembukaan awal kampung ini dahulu, ia dilakukan secara tersusun demi keselesaan penduduk walaupun dalam keluasan 50 x 60 meter persegi untuk setiap rumah.

“Hanya terdapat 100 rumah dalam kawasan seluas dua hektar ini. Kalau sebelum ini penduduk Kampung Desa Pahlawan yang jauh lebih luas dari kawasan ini dapat hak milik, mengapa tidak bagi tanah sekangkang kera ini,” luahnya.

Tambahnya Aris, kini hanya terdapat lebih 30 keluarga bekas tentera yang menghuni kampung itu.

nota:
bila agaknya orang melayu akan memiliki kesedaran
selama 50 tahun mereka kena tipu
kenapa agaknya susah sangat nak bagi tahu
cukong dan gerombolan ini berkongsi rompak negara
tapi gerombolan janji pada orang melayu allah hanya milik orang melayu
maka bila dengar ini senanglah hati orang melayu merempat kah kah kah

nota:
selama 35 tahun ditanah ini
berapa ratus juta janji sudah didengar
tiap kali pilihan raya - jangan undi parti china
akhirnya tanah siambil oleh cukong china kah kah kah

nota:
ketika penduduk di berembang bangun berjuang
menentang tanah mereka dirampas
cukong telah mengupah... mengupah siapa untuk menekan orang kampong ?

cuba teka?
cuba agak?

sumber:tukartiub

Orang kito