Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, November 22, 2009

sudahlah hak dirampas, masih ada hati nak rakyat sokong dia


Umno Kelantan Masih Ada Peluang Dapatkan Sokongan Rakyat

PASIR MAS, 22 Nov (Bernama) -- Umno Kelantan masih mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan sokongan rakyat memandangkan banyak kelemahan pada pihak PAS yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata bagi tujuan itu Umno perlulah meningkatkan jentera penerangannya dan harus merebut peluang akan kemelut yang melanda PAS.

"Umno di Kelantan kini underdog (tidak mendapat sokongan) tetapi jangan lupa Manik Urai... keputusan pilihan raya di kawasan itu baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat Kelantan mahu berubah," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata perlu bagi Umno untuk terus bekerja keras bagi memperkasakan parti itu agar terus mendapat sokongan rakyat.

"Saya mengarahkan Bahagian Penerangan untuk bermuzakarah mengenai isu-isu semasa kepada ahli sebulan sekali, supaya mereka faham isu-isu semasa di samping dapat merapatkan hubungan sesama ahli," katanya.

-- BERNAMA

P/S-Bagi dulu royalti minyak kepada kerajaan negeri  Kelantan....tak payah nak mimpi sampai air liur basi nak rampas kelantan kalau parti dan puak sendiri pun tak betul....

Yang ni SPRM tak nak siasat ke???


Najib Korban 427 Ekor Lembu Parlimen Pekan

Dengan gaji PM sebulan kalau tak silap RM 25 ,000.00 saja. Najib baru jadi PM tak sampai 2 tahun pun. Kalau tak dibelanjakan satu sen pun , dia Cuma dapat kumpul RM 600.000.00.

Untuk beli lembu untuk korban ni , bukannya sikit 427 ekor , biasanya untuk korban harga satu bahagian lebih mahal dari harga biasa yang dijual di pasar , purata dalam RM 350.00 untuk satu bahagian. Kalau untuk 7 bahagian , jumlahnya RM 2,450.00 untuk seekor lembu. Kalau 427 ekor , jumlahnya sebanyak RM 1,046,150.00.

Tak tau lah kalau sebagai Menteri Kewangan , gajinya juga RM 25,000.00 sebulan. Jadi kalau dicampur dua jawatan ni , Najib berjaya kumpul RM 1,200,000.00. Kalau dicampur kedua – dua ni baru cukup untuk bayar harga 427 ekor lembu ni.

Kesian kat Najib dan keluarga terpaksa ikat perut , semata – mata nak korban lembu , minggu depan

Adakah ada pihak – pihak yang sponsor ?

Mungkin juga ada pihak yang sponsor Najib , dengan menyediakan semua bajet untuk biayai harga lembu tersebut

sumber: tranungkite

Dadah ditemui di dalam kenderaan rasmi exco kerajaan negeri...

Ketua Polis Terengganu di Minta Perjelas Isu Tangkapan Anak Exco Terlibat Kes Dadah

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

Ketuanya, Fariz Musa berkata, anak anggota Exco tersebut ditahan oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya, baru-baru ini.

”Dalam sekatan (jalanraya) itu, anak Exco berkenaan dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut,

”Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatory.”ujar Fariz dalam sidang media Pelancaran Gerakan Selamatkan Wang Rakyat Terengganu ( Semarak Terengganu ) yang diadakan di sini semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Namun begitu, katanya, pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.

Fariz mengganggap, sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi kerajaan, maka wajarlah Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat .

Sehubungan itu, beliau memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri, serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan itu.

Dalam sidang media yang sama, Fariz berkata AMK akan menggerakkan SEMARAK ke seluruh Negara bagi memberikan kesedaran dan maklumat kepada rakyat tentang penyelwengan, salahlaku dan rasuah yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, di negeri Terengganu AMK akan membuat beberapa laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara – Buletin Online

Orang kito