Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Oktober 05, 2009

Hutang body lemas di PD...

Oleh Jegela Melayu

Rakyat Malaysia rata-rata terkejut dengan keputusan UMNO-BN mengumumkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 ini.

Apa yang jelas, UMNO-BN telah pun mengambil risiko tinggi yang mempunyai kesan jangka panjang dengan meletakkan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang. Isu melawan rasuah kelihatannya bukan lagi satu ‘agenda perang’ di bawah kepimpinan baru UMNO di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Razak.

Kegagalan dalam memilih calon yang berkredibiliti di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir diulang lagi oleh UMNO-BN sambil mengenepikan pandangan dan nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Presiden parti tersebut.

Tanpa perlu saya mengulas panjang, cukup untuk dikatakan bahawa Dato’ Sri Najib kelihatan tidak punya pilihan lantaran telah tersepit di kiri dan kanan.

Barangkali beliau sangat terhutang budi (bukan body!) dengan Tan Sri Isa atas ‘jasa baik’ dan ‘pertolongan’ yang dilakukan beberapa tahun yang lalu.

Maka oleh sebab itu, suka atau tidak, Dato’ Sri Najib terpaksa menurut kehendak UMNO Teluk Kemang yang mahukan Tan Sri Isa sebagai calon sehingga terpaksa mengaibkan Tun Dr. Mahathir, mentor beliau sendiri!

Masih ingat lagikah kes di Port Dickson (PD)? Mungkin pantun di bawah sesuai sebagai mengimbas kenangan ‘indah’ Dato’ Sri Najib di PD beberapa tahun lalu…

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang body lemas di PD!

umno mulai kempen dengan fitnah dan adu domba

DAP dedahkan pihak yang tidak bertanggungjawb telah mengedarkan buku yang memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim

Salahuddin dakwa Azeez berbohong

Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Orang kito