Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Oktober 05, 2009

Hutang body lemas di PD...

Oleh Jegela Melayu

Rakyat Malaysia rata-rata terkejut dengan keputusan UMNO-BN mengumumkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 ini.

Apa yang jelas, UMNO-BN telah pun mengambil risiko tinggi yang mempunyai kesan jangka panjang dengan meletakkan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang. Isu melawan rasuah kelihatannya bukan lagi satu ‘agenda perang’ di bawah kepimpinan baru UMNO di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Razak.

Kegagalan dalam memilih calon yang berkredibiliti di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir diulang lagi oleh UMNO-BN sambil mengenepikan pandangan dan nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Presiden parti tersebut.

Tanpa perlu saya mengulas panjang, cukup untuk dikatakan bahawa Dato’ Sri Najib kelihatan tidak punya pilihan lantaran telah tersepit di kiri dan kanan.

Barangkali beliau sangat terhutang budi (bukan body!) dengan Tan Sri Isa atas ‘jasa baik’ dan ‘pertolongan’ yang dilakukan beberapa tahun yang lalu.

Maka oleh sebab itu, suka atau tidak, Dato’ Sri Najib terpaksa menurut kehendak UMNO Teluk Kemang yang mahukan Tan Sri Isa sebagai calon sehingga terpaksa mengaibkan Tun Dr. Mahathir, mentor beliau sendiri!

Masih ingat lagikah kes di Port Dickson (PD)? Mungkin pantun di bawah sesuai sebagai mengimbas kenangan ‘indah’ Dato’ Sri Najib di PD beberapa tahun lalu…

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang body lemas di PD!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito