Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Januari 06, 2010

wajah kambing-kambing hitam a.k.a bilis yang berjaya ditangkap...


Gambar ehsan thestar online

F-5E: Sarjan, pengarah syarikat didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

N Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan kes itu.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Komen : boleh masuk world guiness book of record sebab cuma 2 ekor kambing diperlukan untuk mencuri 2 buah enjin pesawat yang sebesar gajah........

sumber:berita harian

3 ulasan:

  1. aku rase nak tukar sebutan dari SCAPEGOAT@KAMBING HITAM KEPADA SCAPE PIG @ BABI HITAM SEBAB DEPA YG JADI PAK SANGGUP NI MEMANG PATUT DIPANGGIL BABI HITAM..AMACAM KENGKAWAN SETUJU TAK?

    BalasPadam
  2. uih...betui2 hitam laaa itu kambing.

    BalasPadam
  3. pegawai tudm bodo..makan gaji buta

    BalasPadam

Orang kito