Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Januari 02, 2010

mencari bala dan memberi bala kepada rakyat...beban didahulukan...


Rata-rata rakyat Malaysia amat marah dan terkilan dengan kenaikan gula yang secara tiba-tiba diumumkan  sempena tahun baru 2010. Kedatangan masehi baru, PM beban rakyat didahulukan untuk menutup cerita kehilangan 2 buah enjin F5E yang bernilai RM100 juta ringgit yang hingga kini disenyapkan.

Apakah dengan cara ini dapat menutup cerita  bangkai gajah yang kini membusuk atau dengan menaikkan harga gula maka dapatlah kerugian RM100 juta yang dilakukan dapat disalurkan kepada rakyat.

Berita kenaikan yang kurang enak dikala kerajaan enggan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan dan di sektor swasta tanda-tanda pemulihan ekonomi masih lagi samar. Apakah kita mahu lagi mengekalkan umno sebagai kerajaan yang mewakili rakyat di bawah sini.

Rata-rata peniaga dan penjaja kuih-muih adalah orang melayu yang memerlukan gula untuk kegunaan harian maka wajarkah kerajaan umno yang kata membela nasib orang melayu ini diterima pakai lagi. Benarlah kata segelintir pemimpin umno terdahulu, umno bukan lagi parti yang boleh membela nasib orang melayu bahkan menyebabkan orang melayu akan tersungkur dalam masa akan datang.

Harapan untuk orang melayu kepada umno cuma tinggal harapan, tinggalkan parti kain batik kain pelekat RM50 ini kerana nasib anak melayu kita tidak boleh disandarkan pada umno yang luput dek zaman dan nazak menanti hari dikuburkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito