Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Januari 08, 2010

Gambar demo di hadapan kedutaan Mesir...ni baru betul demo

Ni baru betul demo...membantah tindakan Hosni Mubarak halang konvoi Viva Palestine






Gambar ehsan : Shamsul Iskandar

Memo berjaya diserah, lebih 1000 berhimpun bantah Mesir

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Lebih seribu berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak lebih kurang 4 kilometer ke Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang.

Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'bebasPalestin,bebas Al Aqsa, 'hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.

Pelbagai bentuk bantahan dizahirkan termasuk memakai mafla warna bendera Palestin, sepanduk mengecam Mesir dan Israel serta bermacam lagi.

Turut bergema sepanjang perarakan adalah nyanyian lagu nasyid "Al-Amalulillah" yang bermaksud 'beramal kerana Allah' sebagai pembakar semangat peserta himpunan.

Pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.

Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.

Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.

Sementara menunggu pertemuan dan serahan memorandum selesai di dalam, beberapa peminpin berucap dengan menyampaikan pidato kepada peserta himpunan di luar pimtu masuk bangunan kedutaan dengan dikawal sebilangan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Antara yang berucap Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat Dr. Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin.

Kesemua mereka mengutuk keras tindakan kerajaan Mesir yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis menindas umat Islam Palestin.

Mereka juga menyeru Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat penentangan berterusan di atas sikap kerajaan Mesir tersebut.

Memorandum bantahan berkenaan bagaimanapun berjaya diserahkan kepda Duta Mesir,Hani Abdel Kader Ahmed sendiri dalam pertemuan hampir 15 minit.

"Kami telah menyatakan hasrat kami agar Mesir memainkan peranan penting membenarkan aktivis antarabagsa menghantar bantuan mereka ke Gaza.

"Beliau berjanji untuk mainkan peranan penting dan menyatakan kesedian memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin," beritahu Salahudin pada sidang media sejurus menyerahkan memorandum bantahan tersebut.

Selain itu, Mesir juga jelasnya perlu menunjukkan sikap lebih toleran dan terbuka dalam meyelesaikan masalah umat Palestin dan tidak terus menerus dilihat sebagai boneka Amerika.

Dikesempatan sama, Salahuddin juga menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga PAS buat semua badan-badan dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam, yang sentiasa teguh di belakang umat Islam Palestin.

Manakala Nasrudin pula memberitahu, turut dituntut agar Mesir menghentikan usaha membina tembok di sempadan negara itu yang dilihat sengaja untuk mengepung penduduk Palestin.

"Kami juga meminta kerajaan Mesir segera menghentikan usaha membina tembok sepanjang 6 kilometer menyebabkan ummat Islam Palestin bagai terpenjara, dihalang makanan,minuman, bekalan perubatan.

"Andaikata berlaku peperangan, sudah tentu sukar bagi umat Islam Palestin untuk keluar menyelamatkan diri," kata Nasrudin.

sumber : harakahdaily

4 ulasan:

  1. woww blogg very good im like http://malaysia.sompost.com/


    http://malaysia.sompost.com/

    BalasPadam
  2. PAS DAH BENGONG!!!,,,..SIBUK KAN HAL LUAR NEGERI!!!DALAN NEGERI ADA ISU BESAR TENTANG ISLAM,BUAT BODOH AJE!!!BETUL DAH JADI CAM UMNO!!MENGATA DULANG,PAKU SERPIH!!!...LAST2 GEREJA YANG KENA BAKAR,DEPA DPT UNTUNG!!!..SAMA AJE POLITAIK NIH!!!

    BalasPadam
  3. Apa na kisah isu nama ALLAH Qardawi semasa di Malaysia pun dah beri pendapat.Sibuk2 isu nama ALLAH sedang majoriti yang ka masjid adalah lelaki DAYUS dan DAYUS ta masuk syurga.Kenapa dayus,kerana biar anak2 perempuan berdating dedah aurat dan isteri dedah aurat di luar dan tempat kerja. Cermin2 diri sendiri.

    BalasPadam
  4. sampai bila pemimpin dunia islam mahu berdialog dan berjabat tangan dgn zionis laknatullah?sampai bila kita harus melihat umat islam disembelih?sampai bila jihad ilmu,ekonomi,hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dgn jihad al-qital pula?disaat tentera zionis membantai umat islam,kita masih berjihad hawa nafsu.ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir.sedangkan jihad al-qital hanya pada waktu-waktu tertentu.para sahabat berjihad hawa nafsu setelah kembali dr medan perang,sedangkan kita menolak utk berjihad dgn pelbagai alasan.kenapa kita tidak berjihad dgn semua jihad yg ada,dan mengikut kesesuaian waktu dan masa?kenapa kita mengambil t/jawab lain utk mengelak t/jawab yg lain?sedangkan t/jawab itu perlu dipenuhi secara berturutan?kenapa takut dgn kalimah JIHAD?sy bkn mngejar mati,tp lihatlah apa yg berlaku di palestin dan t/jawab kita.dan jika kita masih di takuk lama.maka,saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita.katakan pd mereka,itu sudah nasib mereka,tiada apa yg mampu dibuat oleh ki

    BalasPadam

Orang kito