Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Mac 05, 2009

Beri Fokus Pada MES – AMK Selangor

SHAH ALAM, 5 Mac (SK): Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berharap peruntukan RM28 juta kerajaan negeri untuk Pusat Khidmat Masyarakat di seluruh 56 Dun dapat disalurkan dan digunakan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
AMK Selangor turut menggesa agar semua pimpinan di peringkat kampung, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dapat memainkan peranan yang berteraskan mesra rakyat serta menyediakan program MES sepanjang tahun ini.
AMK menyeru rakyat negeri Selangor memberikan fokus sebaiknya terhadap semua program yang telah dirancang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Penerangan AMK Selangor, Amri Saring berkata kesemua program yang telah dirancang itu adalah semata-mata untuk kebaikan dan manfaat yang menyeluruh kepada rakyat.
Menurutnya, fasa kedua MES yang mempunyai enam program akan dilaksanakan pada enam bulan pertama tahun ini.
Program-program yang telah dirancang dan bakal dilaksanakan itu merangkumi pertimbangan cuti bersalin selama 90 hari kepada wanita bekerja, pertimbangan cuti selama 14 hari kepada suami yang menjaga isteri bersalin dan pertimbangan cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami.
“Selain itu ia juga melibatkan caruman takaful kepada orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim, bantuan kepada peniaga muda serta bimbingan perniagaan kepada golongan belia,”katanya.
Sumber:Suara Keadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito