SHAH ALAM 8 Dis - Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang sewenang-wenangnya menyelar pemimpin Pakatan Rakyat sebagai “sangat merbahaya dan anti nasional” sewaktu konvensyen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini merupakan tindakan biadap dan tidak mencerminkan ketokohannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata hasutan dan fitnah yang dilemparkan sama sekali tidak berasas kerana telah dibuktikan dalam Deklarasi Pakatan Rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan sentiasa mendukung prinsip kenegaraan dan patriotisma sebagai elemen utama perjuangan.
"Sebagai pemimpin nombor satu, Najib seharusnya lebih memfokuskan kepada kerjanya, namun sebaliknya, beliau sendiri asyik bermain retorik dan fitnah dengan harapan agar rakyat akan lupa pada perlakuan sumbang dan penindasan Umno-Barisan Nasional selama ini.
"Beliau seharusnya menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar beliau dapat bermuhasabah diri atau melakukan introspeksi terhadap kelemahan diri, seperti yang disarankannya sendiri dalam ucapannya di konvensyen tersebut.
Tambahnya, tindakan sewajarnya juga harus dikenakan terhadap Muhyiddin yang jelas dilihat sebagai seorang anti-nasional kerana sering kali membuat kenyataan berunsur rasis dan menimbulkan amarah dan kebencian rakyat.
Siri fitnah tersebut kata Zuraida merupakan strategi dan tindakan desperado Najib bagi mengalih tumpuan dari kemarahan rakyat akibat ‘pakej kenaikan harga 4 dalam 1” dan isu dalamannya sendiri, seperti konspirasi penangguhan pemilihan Umno dan rombakan Kabinet yang akan berlaku tidak lama lagi.
"Penghinaan kepada kapasiti rakyat sebagai pendukung kerajaan apabila beliau sendiri tidak menghormati kehendak dan pandangan rakyat, sebaliknya hanya membuat keputusan dengan mementingkan dan menjaga keuntungan kelompok kronisme semata-mata.
"Andai benar ini petanda awal kepada tarikh Pilihanraya Umum Ke-13, pemimpin Pakatan Rakyat akan bersedia untuk menghadapinya, kerana Najib nampaknya menyedari bahawa rakyat semakin membenci partinya sementara keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat terus meningkat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan