Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Februari 19, 2010

PR Selangor Selesaikan Masalah Rumah Terbengkalai Warisan UMNO Selama 50 Tahun

HULU KELANG, 19 Feb - Penantian 146 pembeli rumah pangsapuri kos rendah Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang yang terbengkalai selama tujuh tahun berakhir setelah projek perumahan berkenaan berjaya disiapkan.

Pemilik bertuah berkenaan dijangka akan menerima kunci pangsapuri masing-masing daripada Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis esok.

Majlis penyerahan kunci bertepatan dengan majlis Pelancaran Program Pemulihan Rumah Terbengkalai Negeri Selangor oleh Datuk Seri Anwar di perkarangan perumahan penduduk Taman Ukay Bistari.

Salah satu agenda utama yang diberi tumpuan khusus oleh kerajaan negeri dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ialah mempercepatkan pemulihan projek rumah terbengkalai di negeri ini.

Masalah projek perumahan terbengkalai telah menghantui negara ini sejak fenomena ini di kesan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seawal tahun 1970-an lagi.

Menurut statistik Kementerian, jumlah projek perumahan terbengkalai setakat Jun 2005 ialah 277 projek yang melibatkan 50,183 pembeli, 75,356 unit rumah dan dianggarkan bernilai RM7.033 bilion.

Sehingga April 2009, Selangor tersenarai sebagai negeri yang paling banyak mempunyai projek perumahan terbengkalai iaitu 39 projek diikuti Johor (32) dan Negeri Sembilan (20).

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat mewarisi masalah besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang memerintah Selangor selama 50 tahun.

Bagi mengatasi masalah yang sekian lama membelenggu rakyat Datuk Seri Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN bersama-sama dengan pimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menggunapakai beberapa kaedah dan pendekatan baru untuk meluaskan inisiatif ini di Selangor.

Menurut Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah Ukay Bestari (PHUKB), Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman operasi pembinaan projek perumahan tersebut disambung semula April tahun lalu hasil usaha gigih kerajaan negeri bersama pihak persatuan bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan.

Beliau berkata, projek perumahan yang gagal disiapkan kerajaan BN melibatkan hampir 2,000 unit pelbagai jenis hartanah.

Katanya pembangunan yang terletak di Hulu Kelang itu gagal disiapkan pemaju sebelum ini- Damai Bistari Sdn Bhd sejak ia dilancar pada Ogos 2003.

"Sepatutnya projek tersebut siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh perjanjian jual beli. Pemaju telah diberi peluang sewajarnya dalam tempoh enam tahun untuk menyiapkannya tetapi gagal menyiapkan projek.

"Alhamdulilah pada masa ini, terdapat 146 unit rumah kos rendah siap sepenuhnya manakala sebanyak 254 unit masih belum siap. Di tempat yang sama, servis apartmen dan ruang niaga serta pejabat yang melibatkan 1,100 unit juga dalam keadaan sama, masih tergendala. Tetapi kita berharap keseluruhan projek berkenaan dapat disiapkan penghujung tahun ini," jelas beliau.

Tambah Dr Rafick lagi persatuan juga menggunakan pendekatan yang wajar menerusi kerjasama dengan pihak pemaju berkaitan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib.

"Saari telah membantu melalui kedudukan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Projek Perumahan Terbengkalai Kerajaan Selangor. Projek telah mula digerakkan pada Disember 2008 apabila RSS Consultant dilantik melalui kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan masalah pembeli," tambah beliau.

Masalah yang dahulunya dicipta dan kemudian diabaikan oleh pentadbiran BN kini secara tersusun dan rapi akan diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam tempoh yang munasabah.

1 ulasan:

  1. gud job...

    satu lagi BUKTI bahawa PR jauh lebih baik dari Be END..di selangor shj, projek2 terbengkalai dibawah PKNS warisan umno dulu banyak yang disiapkan...

    ini era baru bagi rakyat selangor,kerajaan negeri menampilkan sesuatu yang baru, yang tak dapat difahami dan diikuti oleh umno...akibatnya, umno cemburu..!!!

    malangnya,kerana sedar kegagalan umno jadi tempelakan rakyat, maka umno buat kacau...tapi inshaAllah, umno takkan berjaya kali ini...

    siap sedia pru13...umno akan dikapankan terus...

    BalasPadam

Orang kito