Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Januari 08, 2010

Islam tak tak seru umatnya supaya melakukan keganasan...sila tangkap sang provokator, tak kiralah dari pihak mana pun

PAS kutuk keras tindakan serang gereja

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.

Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Harakahdaily difahamkan, tingkat bawah gereja berkenaan musnah akibat serangan itu.

sumber:harakahdaily

Komen : kerja orang gila, menggangu ketenteraman awam dan sewajarnya dihukum...

1 ulasan:

  1. org yg buat ni sememangnya buta agama.. kononnya nak memperjuang kan Islam.. sdgkan diri sendiri jahil.. no offense but negara2 kafir lain contohnya U.S sendri serang masjid.. mmg kita marah dgn tindakan dorg ni n kalau bleh nak balas balik.. tapi ada sbbnya Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya menyerang rumah2 ibadat.. bkn nak mengatakan diri ni bagus tapi dek krn sebilangan yg 'buta' ni, yg lain dpt tempias.. hmmm

    BalasPadam

Orang kito