Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, November 04, 2009

Kelantan nak royalti bukan wang ehsan lah!!!


Inilah kalau bagi tak ikhlas....kalau wang ehsan dah tentu-tentu JKKK UMNO yang dapat bukannya kerajaan PAS negeri Kelantan.

Lagi 1Malaysia memperbodohkan rakyat kelantan....kaki putar alam betul

Najib Umum Wang Ehsan Kepada Kelantan

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat pada hari Rabu.

-- BERNAMA

7 ulasan:

  1. UMNO beri Wang Ehsan sebab nanti wang itu dapat disalurkan kpd projek2 pembangunan utk rakyat melalui kontraktor2 yang pro-UMNO. Jika Kelantan dapat Wang Royalti pula wang itu akan digunakan oleh PAS untuk kegunaan parti dan kroni2nya saja. Jika Kelantan mahu pembangunan untuk rakyat, terima sajalah wang ehsan itu. Jangan nanti rakyat nampak bahawa PAS beris sangat nakkan wang utk kegunaan sendiri bukan utk rakyat....

    BalasPadam
  2. woiiii pas bukan macam umno laaa...

    BalasPadam
  3. Nampaknya UMNO sudah mula strategi yg baru utk menawan Kelantan pd PRU13. Manusia ni lemah bila disogokkan wang. Wang Ehsan dapat memancing undi kerana org2 yg sokong UMNO shj yg dapat melalui projek2 utk rakyat kononnya. Tengoklah nanti ada org PAS yg akan masuk UMNO semata2 utk menikmati wang ehsan ini. Mereka akan keluar PAS dengan memberi alasan kerana tidak lagi percaya pd Tok Guru yg bersekongkol dengan Anuar Ibrahim yg akan disabitkan kesalahan meliwat tak lama lagi. Utk menyelamatkan PAS, jauhkanlah diri dari PKR dan DAP.

    BalasPadam
  4. Saya cukup sedih melihat telatah penyokong2 kelantan di stadium Bukit Jalil tadi ... baling botol, bakar bangku, bakar mercun. Macam inilah rakusnya PAS jika memerintah Malaysia. Nauzubillah.

    BalasPadam
  5. Saya terkejut pula dgn amalan bai'yah ikrar lafaz taklik utk ceraikan isteri dgn talak tiga jika ADUN PAS keluar parti. Hadi & gengnya tidak tahu menahu tentang perkara ini.Ini sungguh pelik kerana arahan itu telah datang dari pucuk pimpinan di atas. Siapa pucuk pimpinan? Ada kuasa ghaib yg ketiga yg ghaib ke? Atau pun pucuk pimpinan PAS tidak mahu ambil tahu apa yg berlaku dlm parti. Di manakah kredibiliti mereka sbg pemimpin. Ini yg TG Nik Aziz kata buang mereka utk bersihkan PAS. Tetapi nampaknya ahli2 PAS tidak menyokong saranan TG Nik Aziz. Dewan muslimah PAS pun menyokong amalan ini. Apa susah kalu bercerai bolehlah tukar selera, kan? Yang teraniaya adalah anak2 yg tidak berdosa. Saya kira Kelantan sudah tentu mengamalkan ini, sebab PAS dgn UMNO tak jauh beza bilangan kerusinya. Mahkamah syariah di Kelantan sudah tentu akan meluluskan pereceraian ini. Tetapi di negeri2 lain mahkamah syariah tidak akan meluluskan perceraian ini dgn alasan taklik ini! Iaya haram. ADUN2 PAS memanglah sudah tersepit dgn amalan ini. Mengikut rumusan seminar PAS yg telah berlangsung baru2 ini, sokongan rakyat pd PAS sudah menurun disebabkan banyak sangat amalan2 negatif PAS. Oleh itu, utk berdaya maju, PAS haruslah membersihkan diri dgn mengikut gesaan Tok Guru Nik Aziz adakan EGM dan buang saja pemimpin2 PAS yg memberi kesan negatif pd Parti, buang semua amalan2 yg negatif dan bergerak maju ke hadapan. Insyaallah, rakyat akan memberi sokongan pada PRU13 yg akan datang. Kalau tidak, nampaknya akan kalahlah PAS!

    BalasPadam
  6. Cara yang terbaik ialah PAS dan UMNO bekerjasama untuk kebaikan Islam dan Melayu. Kita rakyat tahu orang2 yg bersih utk diangkat jadi ADUN dan MP. UMNO dan PAS haruslah membuka peluang kpd ahli2 di peringkat akar umbi utk membuat pemilihan jawatan dlm parti masing2. Ini zaman komputer pemilihan boleh dibuat dgn komputer online. Masukkan saja no. kad pengenalan dan no pin anda (supaya orang lain tak boleh mengundi utk anda). Klik saja pilihan anda. Biar ahli yg menentukan bukannya wakil dari bahagian atau cawangan. Rakyat salah pilih rakyat yg akan terima, OK?

    BalasPadam
  7. Saya puji blog ini kerana tidak menyekat kritikan bukan spt blog2 PAS ug lain.

    BalasPadam

Orang kito