Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, November 04, 2009

Apakah betul ini yang dato hassan ali cakapkan...


Harap-harap keputusan Jawatankuasa Disiplin ni akhirnya adalah keputusan yang paling tepat setelah mengkaji sedalam-dalamnya semua bukti yang ujud.Harap-harap keputusannya nanti akan menjadikan Pas bertambah kuat dan dihormati dan dipercayai bukan saja oleh ahli-ahli Pas tapi juga penyokong dan pengundi serta bakal pengundi untuk plihanraya akan datang - Cenangau

“(Nik Aziz) You ‘re not God…!” -Dr.Hasan Ali
“(Nik Aziz) You ‘re not God…sekarang Tok Guru berrrrrblooooogggg. Tok Guru tidak berjumpa sendiri saya…dia dengar cakap (Prof.) Aziz Barri. Kalau Tok Guru panggil saya, berlaaarrriiii saya ke Kota Bharu,” sinis Dr. Hassan Ali.

“Kalau dia tak masuk dalam PAS, saya dah dapat 10 juta (ringgit) dengan kredibilitinya sebagai pakar motivasi dan sebagainya. Dengan saya masuk PAS, saya rugi…dah rugi boleh pula bala-bala bila orang kutuk saya dalam blog-blog. Sebenarnya tak berbaloi saya masuk PAS ini…bila terlibat dengan PAS, pintu rezeki saya ditutup…” ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu bertemu ahli-ahli PAS Anjung Tengah pada 1 November lalu.

Saya begitu tidak selesa dengan ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor begitu menyalahkan PAS sebagai punca pintu rezekinya ditutup.

Sekiranya Dr. Hasan berasa susah di dalam PAS, lebih baik keluar dari PAS untuk mengejar kesenangan.

Dalam PAS masih ramai ahli-ahli yang ikhlas dan yakin soal rezeki itu adalah urusan Allah, bukan urusan PAS dan bukan urusan sesiapa termasuk Umno.

Firman Allah yang bermaksud, “Berjihadlah kamu dengan erti kata jihad yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan sama sekali Allah tidak akan menjadikan kamu sempit dalam agama kamu…”

Rasa tidak selesa membawa saya bertanya sendiri seorang kawan karib Dr. Hasan Ali dari Terengganu. Menurut kenalan itu, sepanjang Dr. Hasan roadshow di Terengganu, beliau bukan tidak dibayar.

Dr. Hasan Ali telah dibayar RM3 ribu dalam satu hari aka dua program motivasi Kerajaan PAS Terengganu.

Sebagai contoh, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) mengesahkan Dr. Hasan dibayar RM2 ribu hingga RM3 ribu untuk satu-satu program motivasi (sejam). Setiap hari, lazimnya Dr. Hasan ada dua hingga empat jam program bersama kerajaan negeri.

Seorang bekas pembantu kewangan negeri Kelantan memberi tahu saya, Dr. Hasan Ali dibayar RM2 ribu oleh kerajaan negeri dalam setiap program motavasi selama sejam.

Adakah Dr. Hasan menipu ahli-ahli PAS semata-mata dendamnya kepada Tok Guru?

http://zainulfaqar.wordpress.com

3 ulasan:

  1. Salam sahabat2,
    harap setiap penulisan atau copy paste kita adalah dgn roh merapatkan jurang ukhwah bukan menjarakkan lagi.

    Ana yakin pimpinan2 kita ikhlas, yang berlaku hanyalah fitnah dan salah faham. Jgn bimbang, jika kita yakini jemaah ini diredhai Allah, sunnatulLah akan membersihkan jemaah dari mereka2 yang tidak sepatutnya.

    Yang penting ialah peranan kita dalam menjadi ejen penyatuan bkn ejen pemecahan samada secara sedar atau tidak.

    BalasPadam
  2. Wahai teman seperjuangan PR, sangka baik pada pimpinan kita.Ada kemusykilan sila rujuk YDP Kawasan atau Ketua Cabang atau Ketua parti masing-masing.Setahu teman semasa perjumpaan Anjung tiada blogger atau ahli yang bertanya sebelum paparkan hentaman pada Hasan Ali & Tok2 Guru kita.
    Penulis ini menulis dengan memilih ayat yg panas sajer.Kalau sesiapa yg mendengar penjelasan & soaljawab Anjung memang tak menulis sebegini jadinya.

    BalasPadam
  3. tak salah hasan nak mengeluh tapi perlukah membangkitkan hal wang ringgit dgn tujuan beliau mamasuki perjuangan pas? kalau dah masuk pas mau teruskan aktiviti motivasi itu kau punya suka lah. kalau tak mau teruiskan tak payah lah bangkitkan kehilangan rezeki kerana perjuangan islam.

    berapa ramai yg kehilangan kebebasan, keluarga dan maruah kerana perjuangan mereka baik kerana islam atau keadilan. pernahkah mereka meyesal bila semua itu dirampas oleh ISA? mungkin hasan boleh tanya syed husin ali.

    BalasPadam

Orang kito