Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Oktober 17, 2009

merakyatkan umno atau melembukan umno...


Umno akan merancang kursus intensif kepada akar umbi Umno di peringkat bahagian dan negeri bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi biro latihan Umno berkata Umno akan menyediakan tiga kursus di peringkat nasional, 13 kursus di peringkat bahagian dan 13 kursus lanjutan dan motivasi untuk memperkuatkan parti

"Ia bertujuan untuk BN dan Umno menang besar dalam pilihan raya dan merakyatkan Umno, seterusnya dapat memenangkan Umno dalam pilihnaryaa sekaligus menjulang Umno brdasarkan konsep 1Malaysia," katanya ketika mengggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno di PWTC di ibunegara hari ini.

Katanya, kursus tersebut adalah berdasarkan kepada kursus di Janda Baik akhir bulan lalu, di mana pemimpin parti menyatakan ikrar dan bai'ah yang sokongan kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam kursus itu dilihat berkesan kerana memperkukuhkan semangat kekitaan dalam Wanita, Pemuda, dan Puteri yang memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti.

Menurut Zahid kursus tersebut juga dilihat memartabatkan pengurusan untuk memenangi dua pertiga majoriti seterusnya merampaskan kembali negeri-negeri yang terlepas daripada tangan BN.

Seterusnya ia juga turut merampas kerusi kerusi DUN dan Parlimen, tambahnya.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan berkata beliau berjanji akan menjadi kebajikan seluruh anggota tentera termasuk anggota veteran.

Beliau juga menyifatkan PAS telah memanipulasi isu undi pos dalam pilihan raya kecil DUN bagan Pinang kerana kerkeringan isu untuk berkempen.

Tuduhan mereka bahawa anggota tentera seperti "kerbau dicucuk hidung, merupakan satu penghinaan kepada pegawai tentera di Malaysia", tambah Ahmad Zahid.

1 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Pihak UMNOBN ada juga program untuk tawan kembali negeri yg dimenangi Pakatan Rakyat . Ahmad zahid bijak menopoli warga pengundi POS .
    Tapi di pihak Pemuda Pakatan Rakyat dungu macam langau atau lalat . Setiap kali pilihan raya kecil menyalak macam anjing menyalak bukit tentang penyelewengan undi POS . Kenapa hanya bawa isu atau hangatkan isu e2 atau e ni hanya semasa atau sewaktu pilihanraya saja .Tapi selepas pilihan raya senyap macam tikus je . Macam mana rakyat nak percaya dengan kewibaan Pemuda Pakatan Rakyat . Hanya pandai menyalak macam anjing bila tiba masa pilihan raya . bodoh macam lembu , bangang macam keldai cujuk kat bontot baru nak bergerak . Kenapa tak boleh menyalak hari hari kenapa nak tunggu pilihan raya saja baru nak menyalak bodoh punya Pemuda Pakatan Rakyat . Pandai je kondem komen orang .hj jamaludin

    BalasPadam

Orang kito