Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, September 01, 2009

Nak jadi cerita...kapal dagang mongolia karam di Perak..1Malaysia

LUMUT: Seramai 17 anak kapal dagang, Hodasco 15, yang karam di perairan Pulau Perak kira-kira 48 batu nautika dari sini, berjaya diselamatkan sebuah kapal kargo yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Pengarah Logistik Daerah Maritim 3, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Lt Komander Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kesemua anak kapal dagang, yang membawa muatan besi dan berdaftar di Mongolia itu, diselamatkan oleh kapal dagang dari Syria.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pada pukul 10 malam tadi, dan dilaporkan kepada Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya, kira-kira pukul 7 pagi semalam, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jeti Jabatan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan dekat sini.

Tiga buah kapal ronda APMM digerakkan ke tempat kejadian bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa.

"Pada pukul 1.40 petang, kapal dagang milik Syaria yang membawa 17 mangsa terdiri daripada 14 warga Vietnam dan tiga warga Myanmar tiba di perairan Pulau Pangkor.

"Kesemua mereka kemudian dipindahkan ke tiga buah bot ronda APMM dan dibawa ke Jeti Jabatan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini kira-kira pukul 2.30 petang," katanya.

Nurul Hizam berkata sepasukan anggota akan dihantar ke tempat kejadian bagi memantau dan mengesan kejadian pencemaran atau kebocoran minyak dari kapal itu.

Sementara itu, Kapten kapal 'Hodasco 15', Le Hoang Wuan, 46, berkata kapal itu membawa muatan besi seberat 6,045 metrik tan sedang dalam perjalanan dari Calcutta, India ke China.

Katanya ketika berada di tempat kejadian kapal berkenaan mengalami kebocoran di bahagian perut kapal dan gagal diperbaiki, menyebabkan air memasuki perut kapal.

Le Hoang berkata beliau kemudian mengarahkan semua anak kapal memakai jaket keselamatan dan keluar dari kapal yang mula tenggelam itu.

Dalam keadaan kelam kabut, kapten itu berkata beliau sempat melepaskan beberapa das tembakan isyarat kecemasan ke udara dan berjaya menarik perhatian kapal dagang Syria untuk memberi bantuan. BERNAMA

1 ulasan:

  1. KAPAL UBN SELANGOR PUN DAH NAK TENGGELAM YOP!!

    SILA KE BLOG presidenmantap.blogspot.com

    BalasPadam

Orang kito