Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, September 28, 2009

Bila wak tempe si penyapu bersuara....


Kenyataan Media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada Khamis, 24 September 2009:

Khir Toyo tidak perlu memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tetapi beliau perlu terlebih dahulu memberi penjelasan berkenaan dengan peruntukan kawasan ADUN BN dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan semasa Selangor di bawah BN.

Khir Toyo dalam satu kenyataannya yang diterbitkan pada hari Rabu telah membidas DAP sebagai “menggunakan SELCAT sebagai platform untuk menunjukkan kekuasaan mereka di negeri Selangor”. Beliau turut menuduh DAP sebagai “memanipulasikan SELCAT bagi menunjukkan mereka lebih berkuasa berbanding parti-parti lain di Pakatan Rakyat”.

Selain itu, beliau turut mengatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendiamkan diri dalam hal berkenaan dengan perbelanjaan peruntukan ADUN.

Sebenarnya, apa yang dituduhkan oleh Khir Toyo adalah bersifat spekulasi semata-mata dengan tujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

SELCAT ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menegakkan prinsip-prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan di negeri Selangor. Selama 50 tahun BN dan UMNO mentadbir Selangor, prinsip-prinsip yang penting ini semakin terhakis khususnya semasa Selangor ditadbir di bawah Khir Toyo.

Maka untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan kerajaan Selangor, Dewan Negeri Selangor (DUN) telah menubuhkan SELCAT yang ditugaskan khas untuk menegakkan prinsip-prinsip ini dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu proses pemantauan yang belum pernah dilaksana di Selangor dan Malaysia tetapi sudah menjadi satu kebiasaan bagi sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen di negara-negara maju yang lain, khususnya Negara-negara Komanwel, iaitu melalui pendengaran terbuka.

Daripada mengaut di dalam air keruh, adalah elok untuk Khir Toyo menjelaskan bagaimana beliau sebagai Menteri Besar pada masa kejadian membenarkan perkara-perkara ini daripada berlaku. Sebenarnya beliau perlu menjawab kebanyakkan persoalan-persoalan yang tertimbul berikutan daripada sessi pendengaran awam ini.

Kalaulah beliau yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, maka saya menyeru kepada beliau agar tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan yang tertimbul.

* Lau Weng San, Setiausaha DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito