Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Ogos 03, 2009

tak malu, dah la tak dapat sambutan...ngadu pulak!

Berapa orang pro-ISA???? 21 orang aje...isk isk isk ramai tu...campur polis campur FRU campur SB...ramai la tu.



Dah la tak dapat sambutan...machai-machai brahim ali siap dengan baju subsidi lagi .
Mancho la bang rambut karat tu isk isk isk....

Kumpulan penyokong akta ISA akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi kumpulan anti-ISA kelmarin yang didakwanya "banyak menyusahkan rakyat".

Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata, demonstrasi penunjuk perasaan anti-ISA tidak mengikut arahan polis dan telah menyebabkan kesusahan kepada orang awam dan peniaga.


"Kita tidak. Kita patuh pada polis. Polis suruh bersurai, kita bersurai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas rancangannya membawa isu demonstrasi besar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lepas kepada pihak Suhakam pada jam 3 petang ini.

Ditanya kenapa perkara itu diadukan kepada Suhakam, Rahimuddin berkata: "Tindakan GMI telah menggangu hak asasi orang awam".

Rahimuddin, beserta 20 exco Pewaris juga akan mengadukan kepada Suhakam mengenai penggunaan Masjid Negara sebagai tempat awal berkumpulnya penunjuk perasaan anti-ISA.

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara kelmarin untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran GMI itu.

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Kumpulan pro-ISA pula - yang jumlah penyokongnya jauh lebih kecil - bersurai setelah dihalang polis di Jalan Tun Sambanthan

sumber:malaysiakini.com

2 ulasan:

  1. den sokong ISA, sampai kite memerintah, tangkap najib, isamuddin, muyiddin, madey, najib, tan sri musa, pastu sumbat kt kamunting ,bogel, jentik tel*q depa... pastu baru declar ISA mansuh, amamcam?

    BalasPadam

Orang kito