Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Julai 17, 2009

esok nak kawin, hari ini bunuh diri???







Teo sepatutnya berkahwin esok
Jul 16, 09 9:00pm

Teo Beng Hock yang dijumpa mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam tengahari tadi, sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Teo adalah setiausaha politik exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Lim yang seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ke atas Teo berkata: "Tidak ada orang yang berfikiran wajar, akan membunuh diri sehari sebelum dia akan kahwin".

Menurut Lim, seluruh negara terperanjat dengan "kes pertama kematian dalam tahanan SPRM" itu.

"Reputasi SPRM adalah di tahap terendahnya. Ia harus meyakinkan keluarga Teo dan rakyat bahawa tidak wujud sebarang perbuatan jenayah (berhubung kematian Teo)," katanya ketika mengulas kematian Teo itu.

Teo disoal siasat SPRM sejak semalam berhubung siasatan terhadap dakwaan berlaku salahguna peruntukan bagi kawasan pilihanraya tujuh ADUN Pakatan Rakyat di Selangor.

Sementara itu Ean Yong juga tidak percaya Teo telah membunuh diri.

"Dia akan berkahwin, jadi mengapa dia nak bunuh diri," katanya yang jelas sedih dengan pemergian Teo.

Menurutnya, Teo kelihatan seperti biasa sebelum pergi ke pejabat SPRM semalam.

"Dia nampak tenang. Sebelum ke pejabat SPRM, (peguam M) Manoharan dan saya bercakap dengannya bagaimana hendak menjawab soalan.

"Jika ada sebarang masalah, saya yang sepatutnya (berdepan dengan tindakan). Saya tidak nampak mengapa dia hendak bunuh diri," katanya.

Beberapa orang lagi pemimpin Pakatan turut mengulaskan kejadian kematian Teo.

-malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito