Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Jun 01, 2009

State Of Denial Sindrom

Umno dan utusan masih lagi hidup dalam kepompong kemegahan dan ketaksuban kepimpinan mereka yang tidak sedar bahawa rakyat secara umumnya menolak mereka dari PRU12 hinggalah ke pilihanraya kecil Penanti semalam.

Penafian Timbalannya, bahawa umno secara bacul memboikot serta melarikan pengundi-pengundi di Penanti ke tempat lain dengan alasan yang sama apabila ahli parlimen dilarikan ke Taiwan sebelum ini. Tindakan menghasut pengundi oleh ketua pemudanya juga tindakan dayus dan terdesak dikala rakyat menolak mereka.

Utusan Meloya dengan tajuk utama akhbar itu dengan tajuk peratusan mengundi paling buruk tidak boleh menunding jari ke Pakatan Rakyat sedangkan adalah menjadi tanggungjawab SPR memastikan pengundi keluar mengundi. Apalah guna suruhanjaya itu ditubuhkan sekian lama sedangkan tanggungjawab asalnya itu tidak dilaksanakan dengan amanah.

Ini tidak....suruhanjaya serupa orang suruhan dengan jayanya oleh umno dan konco-konconya pulak. Mengada-adakan peraturan yang pelik, mencari peluang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dengan cara kotor, sebagai contoh peraturan berbeza di bukit gantang dan penanti amatlah ketara dan berat sebelah.

Apabila kuasa yang diberikan digunakan sewenang-wenang jadi inilah akibatnya. Suruhanjaya yang bukan untuk melaksanakan demokrasi tapi sebagai tunggangan semata-mata oleh pihak tertentu.

Dalam keadaan untuk berkerjasama antara PR dan BN, tidak ada satu titik pertemuan antara satu sama lain...janji retorik Najib cuma untuk penyedap hati semata. Krisis Perak, PKFZ, PPSMI, ISA dan ekonomi yang di dalam kemelesetan dan berbagai lagi isu yang berlegar-legar ruang minda rakyat malaysia masih tidak ada jalan penyelesaian cuma menuju jalan buntu.

Manik Urai menjadi satu lagi kayu ukur untuk BN berubah atau berundur secara terhormat sebelum PRU13 nanti dan sekiranya masih lagi mood rakyat bersama Pakatan Rakyat maka PRU13 menyaksikan BN akan terus dikuburkan dengan kuasa rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito