Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Jun 04, 2009

Muktamar: tolak pro-umno, kukuhkan ukhuwah dalam pakatan

Pada yang cintakan keadilan,kedamaian dan cintakan islam sebagai ad-din, tolak sahaja calon yang pro-umno, sememang adil bagi mereka yang bersekongkol dengan puak-puak ini.

Sebagaimana yang dinyatakan Tok Guru Nik Aziz, umno adalah satu-satunya parti yang sememang tidak boleh dipercayai dan penuh dengan tipu helah. Dulu, kini dan selamanya penipu besar.

Alangkah baiknya kesepakatan itu dipereratkan dan diperkukuhkan di dalam pakatan rakyat daripada termakan pujuk rayu dan spining media hasutan mereka yang terdiri daripada utusan meloya dan tv3 suku.

Perlu diingatkan PAS adalah sebuah parti berlandaskan ISLAM dan bukannya ras atau bangsa seperti diamalkan oleh UMNO. Dalam era menujukan ke alaf baru, tekanan harus diberikan kepada penerangan dan dakwah islam kepada bukan islam.

Pro-muzakarah atau Pro-muqabalah atau Pro-umno ini tidak dapat diterima terutamanya rakyat dan penyokong pakatan rakyat.

Pilihlah pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang boleh memimpin semua kaum tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama. Pemimpin yang berjiwa besar adalah pemimpin yang boleh menjaga kepentingan semua kaum dan apatah lagi motto PAS iaitu 'PAS FOR ALL' memberi message yang terang dan jelas arah tuju perjuangan PAS sebagai parti yang disegani dan dihormati semua kaum.

untuk lebih informasi terkini, sila klik disini.

sumber link :ehsan dari blog pinkturtle2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito