Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, April 17, 2010

Rasuah Penjualan Kapal Selam : Pihak Berkuasa Perancis Ambil Tindakan

Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur  rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia  semasa Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.


Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.

Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sebuah syarikat yang dikaitkan kepada sekutu Najib di bayar komisyen lebih RM 500 juta ringgit telah lama membelenggui Perdana Menteri.


Malah pembayaran komisyen itu turut dikaitkan kepada pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.


Menurut Malaysiakini, dua hakim Perancis Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, sedang menyiasat dakwaan pemimpin-pemimpin politik Peranchis terbabit dalam kegiatan rasuah dalam menjual peralatan ketenteraan kepada Negara-negara seperti Malaysia.

Suaram, sebuah pertubuhan hak asasi di Malaysia, mengupah peguam untuk mendesak pejabat pendakwaraya Peranchis bagi turut menyiasat penjualan dua kapal selam kepada tetentra laut di raja Malaysia.


Dakwaan itu membabitkan pembayaran komisyen RM534.8 juta kepada Perimekar yang mempunyai kaitan dengan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda. Najib adalah Menteri Pertahanan ketika perjanjian penjualan kapal selam itu dibuat.

Suaram mengambil tindakan itu kerana dikatakan mempunyai bukti kukuh wujudnya unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia.


Beberapa pihak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis namun tidak ada tindakan susulan diambil.


Pelbagai pihak mendakwa Altantuya telah ke Malaysia untuk menuntut komisyen beliau berjumlah setengah juta dolar amerika syarikat bersabit penjualan kapal selam itu sebelum beliau mati dibom Oktober 2006.


Najib nafi mengenali Altantuya, namun penyiasat persendirian P. Balasubramniam mendakwa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan bekas model Mongolia itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama Tony Pua berharap pihak berkuasa Perancis akan dapat membongkar penyelewengan yang berlaku di sebalik penjualan kapal selam kepada Malaysia.


"Saya berharap pihak perancis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci  dan segala apa-apa penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah ataupun lain-lain perkara tindakan akan diambil sepatutnya," kata beliau.


Sumber: TVSelangor


Kerajaan Malaysia jadi 'pak turut' Washington

KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, amat malanglah bagi rakyat dan umat Islam di negara ini kerana mempunyai kerajaan yang menjadi pak turut Washington dengan menzalimi keseluruhan rakyat Iran yang tidak berdosa.

Ini kerana AFP melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengarahkan syarikat petroleum negara, Petronas untuk memberhentikan penjualan minyak kepada Republik Islam Iran.

Sehubungan itu,tegasnya Perdana Menteri mestilah membuat penafian berhubung perkara itu sekiranya laporan yang dipetik daripada sumber berita AFP itu adalah benar.

Beliau juga mempersoalkan langkah terbaru kerajaan yang turut sama terikut dengan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat yang berterusan mengenakan sikap 'double standard' dalam menguruskan isu pembangunan teknologi nuklear sebagaimana yang disimpulkan dari Nuclear Summit 2010 yang dianjurkan oleh pentadbiran Washington.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Malaysia seharusnya mengambil sikap yang sama dengan Republik Turki yang konsisten, berani dan tegas bahawa hak penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan tidak seharusnya diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Tambahnya, apa yang paling dikesalkan ialah regim zionis haram Israel yang terbukti telah dan sedang bertindak ganas tanpa batas tamadun manusia pula dibiarkan bermaharajalela dengan mempunyai teknologi nuklear sekian lama tanpa pula dikecam oleh mana-mana pihak di Washington.

"Inilah yang sebenarnya menjadi punca krisis keamanan dunia di waktu ini.

"Apa yang lebih buruk ialah dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia juga telah gagal untuk menyuarakan tekanan kepada regim zionis Israel dalam persidangan di Washington itu," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Haiyaa...!

Penyokong PKR dengan gaya tersendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Orang kito