Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Disember 16, 2009

1malaysia atau 1kartun...

Bajet Najib lulus 3 undi, bajet Zambry lulus 20 minit

Misbahul Munir Masduki

Apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah pemerintahan Najib? Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.

Najib hilang kredibiliti, ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan ahli Parlimen PR dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan.

Pengundian pula dijalankan ketika jumlah Ahli Parlimen PR dan BN hampir sama ramainya, sekiranya kehadiran ahli Parlimen PR melebihi BN sudah pasti bajet tersebut akan ditolak, di mana maruah Najib yang sememangnya sudah tidak punya maruah lagi sekiraya bajet 2010 ditolak oleh parlimen ?

Beberapa ahli Parlimen PR melihat bajet 2010 banyak kelemahan, antaranya pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

Cadangan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula adalah sangat bertepatan.

Bajet Najib dijangka akan gagal disebabkan faktor kesilapan kerajaan dalam mengambil kira pendapatan & perbelanjaan yang sewajarnya.

Di Perak bajet 2010 yang dibentang oleh Zambry dibentang dalam masa tidak lebih 20 minit. Bajet yang menelan belanja hampir 1 bilion, dibelanja untuk tempoh satu tahun dibentang dan diluluskan dalam masa 20 minit.

Bayangkan apa akan dan sudah terjadi dengan negeri Perak. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pembentangan bajet seluruh negara di mana bajet yang dibentangkan tidak dibahaskan oleh seluruh adun kerajaan haram BN.

Pakatan Rakyat sejak dari awal sememangnya tidak mengiktiraf pembentangan bajet tersebut, seklipun PR tidak mengambil bahagian, mengapa adun-adun BN tidak mengambil bahagian untuk membahaskan bajet tersebut.

Mengapa adun BN tidak memberi cadangan, pandangan dan kritikan kepada bajet tersebut, kerajaan haram BN pula akan memberi penjelasan dan jawaban-jawaban terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam sesi penggulungan.

Bajet Perak 2010 sebenarnya bajet yang tidak kredibiliti, tidak ada nilai dan tidak ada maruah. Ia sama tidak bermaruah sebagaimana tidak bermaruahnya kerajaan BN yang merampas kuasa dengan jalan yang paling jijik dan kotor.

kini baru kau tahu...siapa kawan siapa lawan


Siasatan terhadap isteri bermotif politik: Liow

Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepat siasatan dan menyelesaikan segera tuduhan rasuah yang menyebabkan isterinya disoal siasat semalam.

Lee Sun Loo disiasat oleh MACC kerana dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard bernilai RM500,000 sebagai hadiah harijadinya

daripada sebuah syarikat yang telah memenangi tender Kementerian Kesihatan.

Liow, juga menteri kesihatan, mengecam dakwaan itu sebagai bermotif politik untuk memusnahkan beliau dan menyatakan rasa

kecewa kerana penentangnya memilih untuk 'menyerang' anggota keluarganya pula.

"Saya cukup sedih kerana ia melibatkan keluarga saya. Jika sasarannya adalah saya dan mereka mahu menjejaskan saya, OK. Mengapa libatkan keluarga saya?

"Ini tidak adil kepada saya dan saya juga ingin mengetahui kebenaran dan adalah amat penting bagi saya membersihkan nama saya dan membuktikan saya tak bersalah dalam hal ini," katanya ketika ditanya pemberita selepas melawat Klinik Kampung Kerinchi 1Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Bila didesak seterusnya sama ada beliau tahu ini perbuatan orang dalam, beliau menjawab: "Saya tidak mahu membuat spekulasi".

Tentang usahanya untuk mendapatkan seramai lapan orang lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA yang dipilih meletak jawatan untuk mencukupkan majoriti dua pertiga bagi memberi laluan kepada pemilihan baru parti, Liow berkata beliau yakin, tetapi beliau membisu tentang siapa yang sedang dilobi oleh puaknya untuk mengikuti jejak langkahnya.

Semalam, Liow dan 12 yang lain menyerahkan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada setiausaha agung parti Datuk Wong Foon Meng yang akan dianggap batal jika mereka tidak dapat mengemukakan 21 peletakan jawatan menjelang tarikh penamat 25 Dis.

Beliau menggesa anggota-anggota lain CC agar meletak jawatan bagi mengelakkan krisis parti terus meruncing.

"Saya harap mereka akan melihat ini sebagai satu tanggungjawab. Jika mereka menangguhkan sehari lagi, parti akan menerima kesan sehari lagi.

"Kita perlu menghentikan masalah ini dan selesaikannya menerusi pemilihan baru," ujarnya.

--BERNAMA

Bubar DUN Perak makin hampir....


Setengah Juta Penduduk Perak Belum Daftar Sebagai Pemilih

IPOH, 16 Dis (Bernama) -- Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk Perak yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih terutama golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah.

Beliau berkata angka tersebut adalah berdasarkan rekod sehingga April tahun ini.

Katanya mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.

"Orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya," kata Ahmad Adli kepada pemberita pada majlis menyerahkan kain rentang SPR bagi tujuan promosi daftar pemilih kepada Pos Malaysia cawangan Perak di sini Rabu.

Pengurus Besar Pos Malaysia cawangan Perak Mohd Azizi Mohd Sanusi berkata Pos Malaysia ingin turut membantu kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial pada negara dengan menyediakan kemudahan bagi orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

"Seperti hari ini, Pos cawangan Perak akan membantu SPR untuk mencapai objektif yang disasarkan pada tahap minima melalui 84 pejabat pos di seluruh negeri yang beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan ini (pendaftaran pemilih)," katanya.

-- BERNAMA

Orang kito