Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Jun 27, 2009

muhyiddin suruh tok guru minta ampun???hehehe

Umno nak cerita apa ni??? Hari-hari semua orang lepas sembahyang berdoa supaya diampunkan dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Hebat orang umno....memang maksum...tak ada dosa langsung ke....sampai tahap langsung tak mau dah minta keampunan dari Allah.

Setahu kitalah yang maksum ni cuma nabi muhammad SAW....selain dari tu...rasanya bertimbun dosa-dosa kita atas muka bumi Allah ni.

Tok Guru ni Ulama....Tok Guru ni lah yang bersungguh-sungguh menjadikan Islam itu sebagai cara hidup....Membangun bersama Islam...Umno...membangun bersama apa???

Kalau nak mengata...atau suruh bertaubat...baik periksa dulu orang yang di sekelilin dulu.

Kalau diri kita ni pun sembahyang lima waktu pun tak cukup...bab agama pun tahu suku suku aje...baiklah muhasabah diri tu dulu....sebelum muhyiddin nak suruh tok guru bertaubat dan minta ampun. Wassalam


Nik Aziz perlu minta ampun dengan Tuhan, kata Muhyiddin

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di Kelantan minggu lepas.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata sebagai seorang yang dikatakan tokoh agama disegani, Menteri Besar Kelantan itu mengetahui apa yang diperkatakannya itu adalah amat berdosa di sisi agama Islam.

"Beliau (Nik Aziz) tidak perlu meminta maaf kepada UMNO, kerana ada pihak yang mahu beliau berbuat demikian, tetapi dia perlu meminta ampun kepada Tuhan kerana ia adalah tuduhan yang amat berdosa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bersama Pewaris Muda Negara 2009 (Pewaris) anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor dan Universiti Sains Malaysia di Kampung Jayor, Jorak, di sini.

Muhyiddin ditanya mengenai kenyataan Nik Aziz pada satu majlis ceramah politik di Manik Urai, Kelantan, pada 21 Jun lepas yang menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata PAS tidak mengenepikan agama Islam hanya disebabkan ia mempunyai fahaman politik yang berlainan.

Menurutnya, UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang itu dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara ini.

"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO," katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu turut berkata, para ulamak boleh memainkan peranan dengan menegur tindakan parti politik yang bertentangan, tanpa dituduh sebagai mencampuri urusan dalaman parti.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya pada petang esok. BERNAMA

Kenyataan ketua pemuda PAS pusat

1. Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan al Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa UMNO adalah seperti komunis dan merupakan sebuah parti yang sesat .

2. Saya lihat laporan polis itu tidak banyak menyelesaikan masaalah ini , namun itu hak Pemuda UMNO untuk mempertahankan diri mereka .

3. Menangani isu ini , Pemuda PAS sedia menganjurkan muzakarah terbuka dengan pemuda UMNO jika pemuda UMNO mendakwa atau mempertahankan bahawa perjuangan mereka tidak menyalahi syariat sepaerti apa yang didakwa oleh al Mursyidul Am PAS.

4. Pemuda PAS mencabar supaya pemuda UMNO tidak menolak muzakarah ini sebaik menerima surat rasmi dari kami kelak dalam masa terdekat insyaallah .

5. Pemuda UMNO boleh menggunakan kesempatan bagi menjelaskan betapa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam sebagaimana yang didakwa . Lantaran itu saya mengharapkan pemuda UMNO tidak mengelak dari muzakarah ini jika mereka benar .

Jumaat, Jun 26, 2009

UMNO dilemma???

Begitulah UMNO...setelah Pakatan Rakyat menolak sebulat suara dan PAS dengan tegasnya tidak mahu berbicara lagi isu kerajaan perpaduan, ada pula yang ada hati mahu membuka lagi episod yang mungkin tidak terjadi.

Di ambang pilihanraya kecil manik urai, masih lagi menyimpan perasaan untuk bersama PAS tetapi yang ironiknya....UMNO masih membuka pintu untuk PAS....untuk apa???

Kepentingan melayu???

Kepentingan islam????

kepentingan umno???

Air dan minyak...masakan boleh bercampur...renung-renungkanlah.


UMNO masih buka pintu

KUALA LUMPUR 25 Jun – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk berunding mengenai kerajaan perpaduan meskipun ia telah ditolak oleh pakatan pembangkang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan negara, UMNO sentiasa mengamalkan dasar buka pintu terhadap apa jua cadangan yang mampu membawa kebaikan.

Justeru katanya, selari dengan pandangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap tidak semua pemimpin Pas menolak kerajaan perpaduan seperti yang dicanangkan, UMNO tidak pernah menganggap cadangan itu sudah terkubur.

“Kita sudah semakin hampir kepada satu hasrat mulia yang mampu membawa kebaikan kepada semua, bukan sahaja orang Melayu, malah kepada seluruh warganegara.

“Meskipun cadangan itu tampak malap, namun kita percaya, setiap hasrat mulia pasti akan berjaya akhirnya dan ia diperkuatkan lagi dengan tidak semua pemimpin Pas kelihatan menolak cadangan kerajaan perpaduan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang kito