Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mei 23, 2009

Salute pada orang Shah Alam

Tak sabar menanti ke penamaan calon di PENANTI. Tabik spring pada orang Shah Alam.

Penting Pilihanraya DUN Penanti

Apa pentingnya pilihanraya kecil di DUN Penanti adalah kerana inilah masanya kita menerangkan kepada rakyat, kebobrokan dan hodohnya perangai umno di Perak.


Implikasinya amat penting dalam sesi menerangkan keadaan sebenar politik semasa yang memperlihatkan umno semakin rakus dan zalim dengan menggunakan polis dan badan kehakiman sebagai tunggangan dalam usaha berpaut pada sedikit sia-sisa kuasa yang masih tinggal.


Ya betul....umno bacul tidak bertanding tapi PR harus menerangkan kepada rakyat tindakan jahat mereka kepada rakyat. Maklum kepada rakyat perkembangan isu semasa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.


Contohnya, apabila najib menerangkan isu-isu kuota bumiputera, isu liberisasi atau isu-isu yang berkaitan dengan orang melayu, hampir tidak ada di dalam media arus perdana berbahasa melayu, cuma dipaparkan di dalam akhbar berbahasa inggeris supaya melayu terus ditipu.


Seperkara lagi mengenai semua calon bebas yang bertanding, apa ertinya mereka bertanding, tidak dapat tidak, mungkin semuanya yang bertanding dipercayai dibiayai oleh pihak-pihak tertentu dan ini tidak mustahil. Apa pun kita harapkan supaya Penanti akan menjadi medan untuk kita dedahkan watak-watak huduh di dalam BN yang menafikan hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri, kaum keluarga dan kroni.

Apa pun kita berharap kemenangan berada pada pihak yang benar dan kepada semua penyokong PR bekerjalah dengan lebih keras supaya putrajaya dapat kita tawan.

wallahualam.

Jumaat, Mei 22, 2009

Penjimatan ala Bee End

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Tiga alasan najib tak nak bertanding di Penanti tapi kenapa tiba-tiba di Manik Urai tiba-tiba bertukar menjadi lain pulak nadanya.

Muhyiddin dengan pusingan 360 darjah mengatakan akan bertanding di sana sambil disahkan oleh ketuanya dari seberang tambak johor.

Cakap tak serupa bikin. Memang kalau umno tu, umno lah jugak....tak boleh nak diubah dah.

kenyataan muhyiddin dan najib yang kluk-klek

Orang kito