Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mei 09, 2009

hidangan tengahari

Sekadar hidangan tengahari, selamat beristirehat di petang sabtu.

takut malu & tutup malu

Setelah dicongak-congak dan dihitung-hitung, jika sekiranya ADUN kota alam shah meletak jawatan dan byelection diadakan, jumlah majoriti mungkin lebih besar lagi dan memandangkan isu Perak yang tidak pernah tenang dan semakin bercelaru,rasanya BN tidak sanggup lagi menghadapi kekalahan demi kekalahan dan menjadi ironinya, najib sendiri adalah Pengerusi UMNO negeri selangor. Mana mungkin najib berani menghadapinya.


Sementara di Penanti, Umno masih lagi mencari-cari alasan untuk tidak bertanding di situ. Keadaan memaksa UBN untuk memikirkan siapa bakal menjadi kambing hitam untuk dikorbankan di sana nanti. Keadaan sebegitu rupa sambil Najib ditekan oleh che det untuk meletak calon sambil Najib tidak sanggup mengambil risiko...kalah lagi ,walhal berbuih-buih sudah mulut mencanangkan konsep 1malaysianya tetapi rakyat tetap menolak.

Dalam keadaan najib tidak mahu piliharaya kecil, beberapa lagi YB Pakatan Rakyat di beberapa negeri sedang dipantau perkembangan prestasi mereka dan jika tidak ada perubahan dan keadaan semakin teruk, kemungkinan berlaku byelection tetap ada dan ini amatlah memeningkan kepala najib.
Pada pakatan rakyat, kepimpinan yang ada hendaklah berada dalam keadaan siap siaga menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku serta memantapkan parti masing-masing dalam melalui ranjau liku dan musuh di dalam selimut yang menjadi anai-anai meruntuhkan semangat ukhuwah yang dijalinkan selepas PRU12.

pagi sabtu

Sekadar renungan pagi sabtu

Dia ingat dia masih berkuasa
tanda-tanda kejatuhannya semakin jelas,
Ia tak nampak
ingat dia, dia manusia mahal,
tapi rakyat tengok dia macam orang gila
rakyat semakin marah dia tak peduli
ulama tegur dia, ulama dia hina
dia bukan lagi manusia biasa
ingat dia, dia maha kuasa
tapi rakyat tengok dia, macam org gila
dgn islam hadhari itu, dia ingat dia maha bijaksana
tapi rakyat tgk dia macam orang gila
tanda2 kejatuhannya semakin ketara
dia tak peduli
dia terlupa fitrah manusia
ingat dia, dia boleh terus berkuasa
tapi rakyat tengok dia macam orang gila
dan akhirnya
rakyat tengok dia betul-betul gila

Sajak oleh Dinsman

Orang kito