Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, April 25, 2009

Perasmian Pejabat Rakan Komuniti TTDI Jaya

Dr Doorayah Alwi
Ketua Wanita PKR Bahagian Shah Alam



Orang ramai dijemput hadir ke majlis perasmian Pejabat Rakan Komuniti TTDI Jaya :-
Bertempat : No 14-1 Jln Opera G U2\G
Taman TTDI Jaya (berdekatan Pam Minyak Shell )
Tarikh : 26/04/2009
Masa : 3.00 Petang
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.

UMNO cacamarba.....

Makin lama makin pelik perangai sang ameno ini, mungkinkah ini tanda-tanda parti tua ini sudah sampai di penghujung jalan.
Kuota orang melayu 30 peratus dalam sektor perkhidmatan dalam kerajaan dihapuskan, Kitchen kabinet dua hari meluluskan undang-undang bahawasanya boleh memilih agama jika ibu atau bapa murtad....apa sudah jadi? Islam dalam perlembagaan negara adalah agama rasmi, artikel 152 dan 153 menyatakan hak-hak orang melayu dan bumiputera hendaklah dijaga....
isk isk isk 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Mana pergi semua hamlau-hamlau yang kata mempertahankan orang melayu dan agama islam.
kalau lah Pakatan Rakyat yang baru mencadang pun dikatakan durhaka, jadi apalah perkataan yang paling sesuai untuk yang menghancurkan orang melayu dan agama islam....apakah panggilan yang paling sesuai bagi sang petualang yang membuat onar ini.

Jumaat, April 24, 2009

Kuota tiket peminat bolasepak kelantan habis dijual!!!


Seruan pada peminat dan penyokong bolasepak Selangor, jom kita ke stadium bukit jalil untuk memberikan sokongan padu pada pasukan kita...pertempuran maha hebat....jom kita ke stadium

Orang kito