Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, September 28, 2009

ameno berperang sesama sendiri isu calon...


Jangan ganggu Presiden UMNO buat keputusan - Isa
PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.

"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

Ahad, September 27, 2009

Sedikit hasil merisik khabar di PD semalam....


SEREMBAN, 24 Sept - Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.

Walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diselar kawan dan lawan sebagai perasuah, namun Mohd Faizal berkata Umno Telok Kemang dan rakyat setempat mahukan Isa, yang pernah diambil tindakan displin atas tuduhan politik wang. "Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya.

Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa. "Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.


Hasil dari maklumat yang diperolehi sepanajang hari raya ini kebanyakan cawangan umno di PD telah menaikkan poster isa pendek sebagai calon PRK ini.

Daripada hasil tinjauan dan info khabarnya, sebaik sahaja kematian ADUN BN, Isa Pendek telah mengatur langkahnya, kebanyakan ketua-ketua cawangan di sana telah di kunjungi hadiah hamper dan kad ucapan selamat hari raya daripada Isa Pendek.

Nampaknya calon bermasalah masih lagi menjadi pilihan orang umno walaupun mantannya che det bersungguh-sungguh menolaknya.

Tanggapan umno parti bermasalah dan parti rasuah akan menjadikan penggal ini yang terakhir untuk mereka.

Kuburkan parti tua ini kerana hayatnya sudah sampai ke penghujung.
Undi PAS insya'allah selamat....Takbir!!!

sesumpah muncul lagi...kali ini di bagan pinang


KUALA LUMPUR, 27 Sept: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.

Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang.

Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock.

Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang.

Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini.

Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.

Wujudnya Saiful menjelang PRK Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa PRK Permatang Pauh.Begitu juga dengan munculnya Tun Mahathir semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini.

Orang kito