Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Ogos 24, 2009

ADUN Lunas memang bermasalah - Johari Abdul

PERMATANG PASIR, 24 Ogos - Suasana pilihan raya di DUN Permatang Pasir sedikit terganggu apabila ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR secara mengejut semalam dan mendakwa dirinya kini menjadi Adun Bebas. Malah Mohd Radzhi juga turut mengisytiharkan sokongan beliau kepada kepimpinan Najib Razak.

Perkara itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengahri semalam.

Ahli majlis tertinggi PKR, Johari Abdul memberitahu dalam ceramah beliau malam tadi bahawa masalah ini telah dijangka akan berlaku, kerana Radzhi sememangnya mempunyai masalah peribadi yang sangat teruk.

"Ustaz Azizan sebelum ini pernah mengadu dan memberitahu lebih awal mengenai masalah calon PKR yang bermasalah ini," jelas Johari.

Atas sebab itu PKR pernah mencadangkan kepada Ustaz Azizan memecat Radzhi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Kedah.

"Walaubagaimanapun oleh kerana sifat Ustaz Azizan yang berjiwa besar, beliau cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik," kata Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani.

Johari yang baru sahaja sampai daripada Padang Serai itu berkata, beliau telah berbincang dan mendapatkan maklumat berkenaan keluarnya Radzhi daripada PKR.

Hasil maklumat itu, Radzhi juga dikatakan jarang turun kawasan untuk melihat rakyat dan sering berjumpa dan dijemput oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah.

"Saya dah menasihatkannya, tapi masalahnya beliau terlalu rapat dan sering berkawan dengan pemimpin UMNO dan perangai pun dah macam orang UMNO,

"Saya katakan pada beliau kalau UMNO ada pemimpin mengapa ambil orang Sabah jadi Ketua perhubungan negeri?" soal Johari.

Takut disiasat SPRM, punca Radzhi keluar PKR

Beliau dalam ceramah di UPU Permatang Ara malam tadi menjelaskan bahawa Radzhi telah menerima terlalu banyak habuan daripada UMNO, sehingga menyebabkan beliau tidak boleh tolak dan kemungkinan SPRM akan digunakan sekiranya beliau tidak mengisytiharan dirinya keluar daripada PKR.

Modus operandi dalam kes kali ini sama dengan usaha Najib dan UMNO perak sewaktu mereka merampas kerajaan negeri Perak beberapa bulan lepas, katanya.

"Sebelum merampas negeri Perak pada bulan Februari lepas, 2 orang daripada 3 orang exco yang mengisytiharkan keluar parti iaitu Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu"

Kedua-dua orang ADUN ini kata beliau, telah disiasat oleh SPRM sebelum keluar parti dan siasatan itu senyap selepas mereka mengistiharkan keluar parti menyokong Najib Tun Razak.

"UMNO sekarang ini dalam keadaan yang sangat lemah dan semakin mengecil, tetapi mereka telah menggunakan semua agensi kerajaan untuk merampas negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," kata Johari.

Kemungkinan pilihanraya kecil Lunas

Johari berkata kini rakyat di Lunas sangat marah kerana mereka tidak mahu diwakili oleh seorang wakil rakyat Bebas. Rakyat merasakan mereka telah diperbodohkan.

Usaha-usaha bagi menggerakkan rakyat sedang dijalankan dan akan mula lebih aktif selepas pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Beliau juga berkata bahawa rakyat akan membuat petisyen menuntut supaya Radzhi meletakkan jawatan sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri secara terhormat seperti yang dilakukan oleh Arumugam, bekas ADUN Bukit selambau selepas beliau diugut dengan oleh BN dengan pelbagai ugutan.

Di akhir ucapannya itu, beliau mengajak seluruh jentera dan pengundi di Permatang Pasir bersama-sama menolak UMNO dan BN pada 25 Ogos ini sebagai tanda penolakan rakyat terhadap kerajaan UMNO dan BN yang zalim.

http://prkn11penang.pas.org.my

Tawaran Lumayan Umno-BN Pilihan Radzhi

Sebab ADUN Lunas keluar Parti ????

Akhirnya ADUN Lunas Mohd Radzi telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan mengistiharkan diri sebagai calon Bebas...

Saya teringat pesanan bapa saudara saya sebelum pilihanraya yang lepas...

Katanya cuba check nama Mohd Radzi yang khabarnya hendak bertanding disalah satu DUN di Negeri Kedah...

- saya cuba bertanya beliau "siapa dia ni,pak su kenalkah dia ni" katanya kalau PKR dapat halang dari dia bertanding lagi bagus...

- Ini dah semakin pelik dengan kata-kata beliau ini...

" Apa pasal pak su cakap macam tu" tanya saya

" Dia nii ada kes dengan POS Malaysia masa pak su kerja dulu (Pegawai Penyiasat POS Malaysia) kes dia ni tak selesai lagi dan ada cubaan dia ni cuba sembunyi diri ketika itu"katanya

Saya cuba bertanya lagi "Apa kes di nii "

" Kes songlap duit POS (wang Pos) masa dia bertugas di Pejabat Pos UUM kesnya pun tak habis lagi"kata Pak su saya

Menurutnya lagi "tolong bagi tahu kepimpinan parti jangan bagi dia bertanding nanti akan susahkan parti balik dan memalukan parti dia nii licik orangnya,make sure bagi tahu dia orang macam Azmin Ali ke mey kena bagi tahu cepat sebelum dia boleh bertanding" katanya...

Lalu saya mengadu kepada Yb Azmin Ali tentang perkara ini namun katanya dia akan lihat dan siasat tapi akhirnya Mohd Radzi bertanding juga bagi DUN Lunas...

Akhirnya saya terfikir balik apa yang dinyatakan oleh Pak su saya memang benar kini dan hari ini beliau mengistiharkan diri keluar parti ...

Saya berpandangan bahawa beliau keluar parti salah satu sebabnya ialah kes beliau yang masih belum selesai lagi hingga kini dan atas desakan dan ugutan ini beliau terpaksa mengambil keputusan segera untuk istiharkan diri sebagai calon bebas...
DICATAT OLEH HALIMEY ABU BAKAR

Orang kito