Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Julai 14, 2009

Manek Urai: UNDI PAS....KEKALKAN KEPIMPINAN ULAMA


Inilah ayat-ayat bila Pakatan Rakyat menang....5 kali dah amaran yang sama dikeluarkan kecuali di Batang Ai....Insya'allah PAS menang dengan majoriti lebih besar lagi


KUALA KRAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada partiparti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN) Manik Urai supaya tidak mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan selepas keputusan diumumkan malam esok.

Ketua Polis Kelantan SAC 1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tindakan itu bagi memastikan ketenteraman awam dipelihara dan menegaskan bahawa polis tidak akan teragakagak mengambil tindakan tegas kepada pihak yang engkar.

"Pihak polis akan hadapi sebarang kemungkinan. Kita akan bertindak tegas," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PDRM di Laloh, Manek Urai, dekat sini hari ini.

Beliau berkata kempen pilihan raya DUN Manek Urai setakat ini telah berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Sebanyak 74 ceramah iaitu 39 ceramah PAS, 34 ceramah Barisan Nasional (BN) dan satu ceramah bebas diadakan sepanjang kempen berlangsung sejak hari penamaan calon pada 6 Julai lepas hingga malam tadi, katanya.

Mengulas mengenai hari pengundian esok, Abdul Rahim berkata tiada jalan utama akan ditutup tetapi PDRM akan menempatkan 70 anggota trafik di tempat-tempat strategik bagi mengawal lalulintas.

"Ini bagi memastikan keselamatan dan lalulintas di sepanjang 27 kilometer Jalan Kuala Krai-Gua Musang teratur," katanya menambah PDRM sentiasa siapsiaga dengan sebarang kemungkinan.

Beliau berkata sebanyak 17 laporan polis dibuat oleh anggota polis pemantau dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai beberapa kesalahan sepanjang kempen berlangsung seperti ceramah tanpa permit.

Tindakan susulan akan diambil berhubung laporan itu, katanya.

Esok, 12,293 pengundi Manek Urai akan memilih wakil rakyat mereka berikutan kematian Ismail Yaakob daripada PAS, pada 22 Mei lepas, akibat sakit jantung.

BN diwakili Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS Mohd Fauzi Abdullah, 50. BERNAMA

updated: lagi pilihanraya kecil di Kelantan...


Lagi pilihanraya kecil di Kelantan, perkhabaran dari facebook Tok Guru Nik Aziz,
Menjelang hari pengundian yang sudah tidak sampai 24 jam, kini timbul pula khabar angin yang mengatakan kononnya Adun Galas, Che Hashim Sulaima telah meninggal dunia.



BERITA TERDAHULU

ADUN galas kini uzur hidap barah perut

Posted on Julai 9, 2009 by HermanSamsudeen

KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaima, 45, kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat kanser perut.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau telah menghubungi Che Hashim semalam dan bertanya khabar mengenai keadaan ADUN itu.

“Semalam saya hubungi dia, memang dia sakit barah dan uzur sekarang ini. Dia menjalani proses kimoterapi di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di Kota Darulnaim di sini Khamis.

Menurut sumber rakan terdekat Che Hashim berkata beliau kini sentiasa berulang-alik dari kawasannya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakitnya itu, yang kini berada di tahap empat.

“Semua ahli keluarganya jarang berada di rumah di Taman Tropika, Galas dan Kampung Kerinting, di Galas,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu pemimpin PAS dan anggota keluarga terdekat ketika dihubungi enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai keadaan Che Hashim.

Tinjauan Bernama mendapati di pejabat PAS Kawasan Parlimen di Bandar Gua Musang turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah Yassin bagi mendoakan kepada Allah agar Che Hashim segera sembuh. BERNAMA

dipetik dari dppwp.wordpress.com

Isnin, Julai 13, 2009

PANAS!!! Perempuan ataupun Ja#@&*



AWAS!!! Pembangunan tanpa Ad Din yang menghancurkan dan memusnahkan akhlak dan moral remaja islam di Terengganu. Duduk terkangkang, berseluar pendek sambil berbangga dengan air kencing syaitan di tangan. Yang lebih mengaibkan lagi, gadis remaja yang beragama ISLAM!! Jangan biarkan apa yang berlaku ini terjadi di Kelantan.

SAYANGI KELANTAN
SAYANGI TOK GURU
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
UNDILAH PAS

Artikel ini disalin dari http://nisaterengganu.blogspot.com

PENAFIAN :


Nisa' Negeri Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang disiarkan diatas walaupun bahannya disalin daripada laman laman kami.
Sdra/i boleh merujuk artikel asal di link berikut ;

http://nisaterengganu.blogspot.com/2009/07/arak-jadi-minuman-kebanggaan.html

Orang kito