Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Jun 24, 2009

Ah Long POLONG


Antara Bank di Malaysia dan Ah Long tiadalah berbeza cuma satu pinjaman berlesen dan satu lagi tidak berlesen, yang satu haram dan satu halal dan yang satu guna undang-undang dan satu lagi tak kenal undang-undang.


Tetapi apa yang menyebabkan mereka membuat pinjaman dengan ah long lintah darat ini.

Jawapannya pun sudah ada cuma pihak-pihak tertentu cuma buat-buat tak paham.


Rasanya berbuih dah mulut kementerian menasihatkan puak-puak pemodal ni supaya membantu mereka yang memerlukan pinjaman tetapi arahan tinggal arahan...tiada satu bank waima mengelarkan mereka ini islamik yang membantu saudara-saudara yang mereka berugama islam.


Rintihan pekerja swasta ini apabila mereka mengadap 'bank officer' adalah seperti berikut. Antara alasannya mereka pada orang yang memerlukan ini:-
  1. Kompeni you public listed dalam bursa malaysia? kalau tak, mintak maaf

  2. Kompeni you...sdn bhd atau berhad? kalau tak...hmm mintak maaf jugak

  3. Kompeni you ni...GLC atau tak? kalau tak...lupakanlah aje lah

  4. kpmpeni you ni...ada tak potongan ANGKASA? kalau tak jugak...sorrylah kita tak boleh bagi pinjaman

Kalau nak disenaraikan rasanya 1001 alasan diberi kalau kita ni pekerja swasta...tapi bayangkanlah kalau pekerja sektor awam...rasanya gaji RM750 pun boleh pinjam.

Sebab tu lah ramai rakyat malaysia terjebak dengan pemiutang seperti ah long ini dengan slogan mereka....'KITA AH LONG, KITA CUMA MAU TOLONG"....tolong apa? tolong memufliskan dan mempapa kedana kan rakyat.

Rasa kalau setakat membentras kegiatan ah long dengan menggunakan pihak berkuasa cuma tindakan sementara sahaja.

Apa yang kerajaan perlu lakukan adalah memikirkan bagaimana untuk menyakinkan saudagar bank yang pada masakini cuma membantu orang kaya menjadi kaya dan yang miskin menjadi papa kedana.

Rasanya pandangan dan idea dilontarkan yang dibawa oleh Yanu Dipertua ANGKASA mungkin boleh menjadi alternatif pada penularan kegiatan Ah Long yang semakin tidak terkawal ini.


Pekerja swasta harus diberi pinjaman Angkasa



REMBAU - Pekerja swasta wajar diberikan kemudahan pemotongan gaji melalui Biro Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk memudahkan mereka membuat pinjaman bank.


Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar berkata, kemudahan itu juga diharap dapat mengurangkan masalah membuat pinjaman daripada ah long.


“Kita faham ramai kakitangan swasta sukar membuat pinjaman bank untuk tujuan peribadi kerana mereka ini tidak ada kemudahan pemotongan gaji melalui Angkasa seperti kakitangan kerajaan,” katanya kepada media selepas Program Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2009 di Sekolah Menengah Teknik Datuk Lela Maharaja, semalam.


Menurutnya, Angkasa melalui pucuk pimpinannya sebelum ini ada mengemukakan kertas cadangan untuk memasukkan sektor swasta sebagai pelanggannya tetapi ini ditolak kerajaan,” katanya.


Bagaimanapun, beliau akan mengusahakannya semula memandangkan pekerja swasta seolah-olah dianaktirikan daripada mendapat pinjaman peribadi yang mungkin mampu meringankan masalah mereka ketika itu.


“Pada masa sekarang pelanggan kita terdiri dari kakitangan kerajaan, badan berkanun dan pekerja syarikat-syarikat milik kerajaan, ada juga satu dua syarikat swasta bekerjasama dengan Angkasa,” katanya.


Sumber: sinarharian.com.my

Selasa, Jun 23, 2009

Beruk masuk kampung...


ketua pemuda, Khairy Jamaluddin mengetuai gerombolannya ke manik urai dengan harapan untuk mendekati golongan muda.

Tapi satu hal....khairy kena ingat, PRU12...apa yang khairy dah buat masa tu....apa yang khairy kata pada tok guru...

Khairy kena ingat juga....dia pernah melukakan hati rakyat kelantan dan ameno kena fikir panjang kalau nak berkempen di Kelantan.

Rezeki yang datang adalah dari yang maha Esa bukannya dari ameno...walau jutaan ringgit ditaburkan tetapi hakikatnya cuma keikhlasan dan kebijaksanaan memimpin yang dicari rakyat.
Wang ringgit cuma di dunia.....tapi di akhirat nanti amalan yang akan dihitung dan dalam mengejar kekayaan dunia, bekalan ke akhirat juga penting.

ISLAM UNTUK SEMUA. UNDILAH PAS.


Khairy ketuai program "Pemuda Masuk Kampung" di Manik Urai
23/06/2009 10:36am

KUALA KRAI 23 Jun — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.

Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.

“Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal,” katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi.

Mohamad Zaidan berkata selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. - Bernama


Sumber : utusan malaysia

Isnin, Jun 22, 2009

Umno BN buat uturn 180 darjah.....


Hmmm...jauh memusing bang....kenapa? tak percaya ke.....

Minggu lepas berdegar-degar cerita pasal kerajaan perpaduan

Hari ini bila lamaran ditolak....lain pula ceritanya.

Lagipun dulu dah pernah kawin lepas tu cerai...lepas tu nak kawin balik...kena pulak cerai talak tiga...agak-agak la kalau orang yang dah kena tipu sekali lepas tu nak ditipunya lagi.

Tiba-tiba hari ni....ada pulak yang kata tak memerlukan kerajaan perpaduan..

Orang sama jugak la yang memberi cadangan tu....dia cadang lepas tu dia sendiri yang bangkang...

Lagipun apa jasa umno yang boleh membuatkan pas menerima kembali umno sebagai kawan.

Jasa Tiada.....Azab bermacam....tapi kalau nak diungkitkan pun...sepuluh hari sepuluh malam pun tak habis. Sekian.

klik disini untuk berita selanjutnya.

Sumber berita: thestar.com.my

Orang kito