Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Mei 17, 2009

Update & Latest : CERAMAH PERDANA

Ceramah Perdana Pelancaran Kempen Penerangan PKR "Krisis Perak: Kembali kepada Rakyat"

Tarikh : 18 Mei 2009 (Isnin)
Tempat: Taman Medan
Petaling Jaya Selatan
(Dataran Pasar Malam)
PJS 2D/7
(Markas PAS PJS)

Penceramah : Dato Seri Anwar Ibrahim
Tan Sri Khalid Ibrahim
ADUN-ADUN PERAK
YB Chang Li Kang (PKR)
YB Kesavan (PKR)
Ustaz Idris Ahmad (PAS)

Sila hadir beramai-ramai untuk mendengar amanat dari pemimpin dan ketua pembangkang pakatan rakyat

Sekitar ceramah Nizar Shah Alam

Jangan Pilih Jalan Hitam

Apa cerita lah mamat ni sorang, asyik-asyik bila 'time' pilihanraya jer muncul. Pelik bin hairan, yang menuduh diliwat pulak beria-ria nak berjumpa dengan dituduh meliwat.Kononnya takut DSAI lari dari menghadiri perbicaraan.
Tapi kalau difikirkan secara psikologi, contohnya macam kes rogol, mana ada yang dirogol sanggup bersemuka dengan yang merogol mestilah jadi fobia waima boleh jadi histeria walaupun di mahkamah.Berlainan pulak dengan budak yang sorang ni, beria-ria sungguh nak berjumpa dengan yang dituduhnya.Tatkala adanya pilihanraya kecil muncul kembali si badut ini di dada-dada akhbar. Macam bermusim pulak ala-ala cerita Spa Q.
Mungkin hasil lakonan tak dapat lagi jadi terpaksalah melacurkan kembali maruahnya setiap kali pilihanraya.Orang pun dah tak percaya dengan cerita dogeng khayalan purbakala.Sudah-sudahlah.....JANGAN PILIH JALAN HITAM.

Orang kito