Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, April 09, 2010

Sudah keluar amaran ?

Nampaknya isu APCO yang cukup hebat bakal menggugat kredibiliti UMNO dan BN di dalam pilihanraya umum di Hulu Selangor April ini.

Sudah seperti yang dijangka sebelum ini, kini sudah keluar amaran dari Ketua Polis Negara untuk tidak mengsensasikan isu tersebut di dalam tempoh berkempen. Pasti best ....

Baca laporan di utusan malaysia hari ini.

Jangan politikkan isu keselamatan negara - Musa


KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

"Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

"Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terdapat perisik Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Anwar dalam perbahasannya di Dewan Rakyat pada Selasa lepas berkata beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel itu mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui sebuah syarikat pengkomputeran yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi maklumat PDRM yang didaftarkan di Singapura.

Sehubungan itu, Musa berkata siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.

"Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut," katanya.

Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas, Johari Ismail.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama Mengenai Aktiviti Jenayah Malaysia-Thailand Ke-20 di Shah Alam, hari ini, Musa berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sumber maklumat yang diperoleh oleh Anwar.

Serentak itu, beliau telah mengarahkan pegawainya supaya menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

"Saya dah cakap sebelum ini bahawa benda (dakwaan) ini tidak ada. Bagaimanapun, kita akan siasat apabila seseorang telah mengatakan ada orang Israel 'masuk' ke Bukit Aman, ia adalah sesuatu yang serius.

"Saya dah arahkan pegawai untuk menyiasat dari mana dia (Anwar) dapat maklumat ini," katanya.

2 ulasan:

  1. bangang punyer arahan... isu ni lah perlu didedahkan agar negara terselamat dari ancaman anasir luar. tukuan pilihanraya pun utk memilih pemimpin yg mampu beri kesejahteraan kepada rakyat serta menjamin keselamatan negara. Jangan pilih calon yg songlap duit rakyat, jangan pilih calon yg akan menggadai maruah bangsa, jangan pilih calon yg jual negara, jgn pilih calon yg tak bretika dan byk lagi laaa... woooiiii KPN bahalol dah hang pun sama ambik agen yahudi masuk dlm jabatan.... takut la tuuu
    Aku marah betul la mangkok sekoq ni..... Tugas hang jaga keselamatan negara jgn dok campur dlm politik.... kalau nak sgt campurtangan hal politik...haaaaa nilah masanya letak jawatan masuk bertanding dlm PRK Hulu Selangoooooooooooooorrrrrrrrrr ada beranai.... cakap tak serupa bikin maaaaaa

    BalasPadam

Orang kito