Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Januari 11, 2010

Sajak Dialah Juara dari seorang pengunjung...terima kasih

Dialah juara rakyat
setengah abad menjaja pembangunan
tapi masih gagal memintas Korea
yang pernah sengsara oleh perang saudara
dan masih jauh di belakang Jepun
yang pernah lebur angkara bom atom
malah tidak pernah berjaya mendahului Singapura
yang dulu kita punya.

Dialah juara rakyat
mencipta darjat dalam hidup rakyat
yang kaya gila kuasa kumpul harta
yang miskin sengsara papa kedana
mereka diulit mimpi indah di banglo mewah
rakyat dibelit derita di teratak tua.

Dialah juara rakyat
memperjuangkan kenaikan tol, petrol dan gula
mereka kata kenaikan tidak membawa kesan
sedang kita setiap hari tercungap hampir pengsan.

Dialah juara rakyat
setengah abad merdeka
kemiskinan masih menjadi agenda
kerana mereka meratah segala daging untuk diri dan keluarga
dan kita hanya dapat sisa-sisa tulang yang tidak berguna

Dialah juara rakyat
juara rasuah yang diketawakan dunia.

Dialah juara rakyat
yang tidak jemu-jemu mengubah cita rasa rakyat
rakyat suka parti A
mereka tukar parti B
mereka ubah pilihan rakyat
mereka hina minda rakyat
kerana mereka juara rakyat
yang tidak faham hati nurani rakyat.

Memang mereka juara rakyat
juara mengsengsarakan rakyat
juara menipu rakyat
juara yang mengubah rakyat
menjadi keliru, huru hara dan celaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito