Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Oktober 29, 2009

Bila katak johor memberi komen..padahal dulu hijau sekarang karat biru


PUTRAJAYA, Okt 29 — Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia segera adalah antara beberapa faktor berlakunya konflik dan kecamuk dalaman serius kepada barisan kepemimpinan PAS sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan krisis dalaman PAS yang semakin celaru ini telah memberi ruang kepada Anwar untuk menguasai sesetengah barisan kepemimpinan parti ini.

“Di peringkat awal, ada kemungkinan barisan kepimpinan PAS mahu menggguna dan menyakini Anwar sebagai batu loncatan dan alat bagi mendapatkan kuasa tetapi keadaan berlaku sebaliknya,” katanya ketika diminta mengulas krisis dalaman PAS yang disifatkan semakin serius sekarang.

Beliau yang ditemui di pejabatnya memberitahu, Anwar telah berjaya masuk dan kuasai barisan kepemimpinan PAS hanya untuk matlamat utama beliau mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia sahaja.

“Akhirnya PAS yang sudah bermasalah sebelum ini menjadi semakin serius sehingga idelisme mahu memperjuangkan negara Islam sudah terkeluar dari landasannya,” katanya.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, PAS dan barisan kepemimpinan parti sedang menghadapi gelombang dengan konflik pendekatan politik masakini di Malaysia.

“PAS tertekan sebagai sebuah parti Islam kerana idealisme ini dianggap kekuatan dan sokongan padu dari orang-orang Melayu tetapi pelbagai cabaran dan realiti politik masakini telah menyebabkan berlakunya konflik antara mereka,” katanya.

“Ini ditambah dengan realiti politik masakini yang melibatkan faktor bukan Melayu yang sedikit sebanyak menambahkan lagi gelombang konflik kepemimpinan sekarang,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya lagi, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mendesak supaya diadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan konflik yang semakin serius ini.

Krisis matlamat perjuangan dan strategi parti telah menjadi masalah utama kepada parti ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu berikutan pelbagai kenyataan berbeza dari kepemimpinan PAS.

Keadaan semakin serius menjelang Muktamar Pemilihan PAS yang lalu apabila wujudnya pertembungan antara ulama dan kumpulan yang dikenali sebagai Erdogan sehingga menimbulkan keliru dan kecewa sesetengah ahli.

Pada satu ketika, Musryidul Am PAS, Nik Aziz dilihat secara terbuka memberi sokongan kepada individu tertentu yang turut dikaitkan antara pemimpin dari kumpulan Erdogan.

Mengulas isu ini, Mohd Puad memberitahu, krisis kepemimpinan PAS sudah berlaku sejak dari dahulu antara kumpulan ulama dan profesional Melayu yang pernah mengikuti pelbagai gerakan termasuk IRC ( kini Jim).

“Gelombang konflik ini berterusan sehingga sekarang seperti membabitkan perbalahan kenyataan antara Ahli Parlimen PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen PAS Baling yang berkaitan nama Allah."

Sehubungan itu, Mohd Puad mengakui barisan pemimpin Umno lebih ke hadapan dalam menentukan corak kepemimpinan masa hadapan dengan mansuhkan kouta kuasa perwakilan yang disifatkan sebagai satu pengorbanan besar.

Komen: Dulu mamat ni PAS sekarang dah dacing karat tapi sekarang dok sibuk
jaga rumahtangga orang, tak pasal-pasal Anwar jugak yang dapat nama...apa
punya turrr la mamat ni sorang

1 ulasan:

  1. sudah ada tanda-tanda selangor dan kedah sedang diserang.....
    jika benar tahniah tok ucapkan kepada umno
    ipmak maksima adalah rakyat akan jadi semakin meluat kepada umno dan gelombang reformasi sebesar tsunami akan menenggelamkan kapal umno dan bn
    katak-katakpun tak dapat menyelamatkan diri
    ayuh kesemua blogers yang cintakan keadilan,kita bangkitkan kuasa rakyat mulai saat ini.
    jangan lupa suharto tumbangpun dek kerana rakyatnya bangkit menentang pemerintahannya
    ketika itu tenterapun akur dengan kebangkitan rakyat
    rakyat harus disedarkan dan tibalah masanya untuk kita menghukum keangkuhan umno dan bn di dalam peti undi pada pru akan datang

    BalasPadam

Orang kito