Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Jun 12, 2009

PPSMI tak selesai....datang MUET pulak...

Nampaknya Menteri Pendidikan yang baru nak mewajibkan pulak bahasa inggeris.
Kita bukan tak sokong idea ni tetapi janganlah sampaikan mengabaikan golongan pelajar terutama yang di kampung-kampung, felda dan luar bandar.

Kalau Bahasa Melayu pun tak boleh nak dimartabatkan janganlah pula Bahasa Inggeris diwajibkan. Tidak dinafikan Bahasa Inggeris menjadi keperluan pada lulusan universiti dan kehendak masakini tetapi jika perlaksanaan haruslah seimbang dengan keadaan sistem pembelajaran yang ada.

Dalam masa kita mengejar keperluan globalisasi janganlah sampai mengabai masa depan bahasa rasmi bahasa ibunda kita.

Masih lagi UBN dalam keadaan syok sendiri, tidak mengambil peduli langsung suara rakyat. Dalam keadaan sekarang apa yang boleh kita lihat adalah agenda tersembunyi mereka untuk melihat anak melayu menjadi keterbelakang dalam ilmu pengetahuan.

Tidak semestinya kita wajib menguasai Bahasa Inggeris untuk berjaya sedangkan nenek moyang kita sendiri pun bukanlah kerana Bahasa Inggeris mereka berjaya.

Tegasnya disini, tidaklah sampai BI diwajibkan barulah boleh menguasai dunia sedangkan Jepun, China dan Korea mendaulatkan bahasa ibunda mereka sahaja boleh menguasai separuh daripada ekonomi dunia.

Bahasa Melayu hendaklah diletakkan pada di tempat yang tertinggi dan dimartabatkan di mata dunia dimasa yang sama mekanisma atau kaedah yang sesuai hendaklah dikaji bagi rakyat malaysia menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam era dunia menuju globalisasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito