Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Jun 24, 2009

Ah Long POLONG


Antara Bank di Malaysia dan Ah Long tiadalah berbeza cuma satu pinjaman berlesen dan satu lagi tidak berlesen, yang satu haram dan satu halal dan yang satu guna undang-undang dan satu lagi tak kenal undang-undang.


Tetapi apa yang menyebabkan mereka membuat pinjaman dengan ah long lintah darat ini.

Jawapannya pun sudah ada cuma pihak-pihak tertentu cuma buat-buat tak paham.


Rasanya berbuih dah mulut kementerian menasihatkan puak-puak pemodal ni supaya membantu mereka yang memerlukan pinjaman tetapi arahan tinggal arahan...tiada satu bank waima mengelarkan mereka ini islamik yang membantu saudara-saudara yang mereka berugama islam.


Rintihan pekerja swasta ini apabila mereka mengadap 'bank officer' adalah seperti berikut. Antara alasannya mereka pada orang yang memerlukan ini:-
  1. Kompeni you public listed dalam bursa malaysia? kalau tak, mintak maaf

  2. Kompeni you...sdn bhd atau berhad? kalau tak...hmm mintak maaf jugak

  3. Kompeni you ni...GLC atau tak? kalau tak...lupakanlah aje lah

  4. kpmpeni you ni...ada tak potongan ANGKASA? kalau tak jugak...sorrylah kita tak boleh bagi pinjaman

Kalau nak disenaraikan rasanya 1001 alasan diberi kalau kita ni pekerja swasta...tapi bayangkanlah kalau pekerja sektor awam...rasanya gaji RM750 pun boleh pinjam.

Sebab tu lah ramai rakyat malaysia terjebak dengan pemiutang seperti ah long ini dengan slogan mereka....'KITA AH LONG, KITA CUMA MAU TOLONG"....tolong apa? tolong memufliskan dan mempapa kedana kan rakyat.

Rasa kalau setakat membentras kegiatan ah long dengan menggunakan pihak berkuasa cuma tindakan sementara sahaja.

Apa yang kerajaan perlu lakukan adalah memikirkan bagaimana untuk menyakinkan saudagar bank yang pada masakini cuma membantu orang kaya menjadi kaya dan yang miskin menjadi papa kedana.

Rasanya pandangan dan idea dilontarkan yang dibawa oleh Yanu Dipertua ANGKASA mungkin boleh menjadi alternatif pada penularan kegiatan Ah Long yang semakin tidak terkawal ini.


Pekerja swasta harus diberi pinjaman Angkasa



REMBAU - Pekerja swasta wajar diberikan kemudahan pemotongan gaji melalui Biro Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk memudahkan mereka membuat pinjaman bank.


Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar berkata, kemudahan itu juga diharap dapat mengurangkan masalah membuat pinjaman daripada ah long.


“Kita faham ramai kakitangan swasta sukar membuat pinjaman bank untuk tujuan peribadi kerana mereka ini tidak ada kemudahan pemotongan gaji melalui Angkasa seperti kakitangan kerajaan,” katanya kepada media selepas Program Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2009 di Sekolah Menengah Teknik Datuk Lela Maharaja, semalam.


Menurutnya, Angkasa melalui pucuk pimpinannya sebelum ini ada mengemukakan kertas cadangan untuk memasukkan sektor swasta sebagai pelanggannya tetapi ini ditolak kerajaan,” katanya.


Bagaimanapun, beliau akan mengusahakannya semula memandangkan pekerja swasta seolah-olah dianaktirikan daripada mendapat pinjaman peribadi yang mungkin mampu meringankan masalah mereka ketika itu.


“Pada masa sekarang pelanggan kita terdiri dari kakitangan kerajaan, badan berkanun dan pekerja syarikat-syarikat milik kerajaan, ada juga satu dua syarikat swasta bekerjasama dengan Angkasa,” katanya.


Sumber: sinarharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito