Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Ogos 29, 2009

Misteri: penganjur demo usung kepala lembu buat konar baring

Kepala lembu itu mungkin jatuh dari langit...penganjur kata kepala lembu hadir secara misteri, mungkinkah kerajaan langit ayah pin yang bertanggungjawab.

Tak kan kepala lembu itu datang bergolek-golek ke SUK Selangor. Inilah kerja orang bangang, lain kali kalau nak berdemo pun, jagalah sensitiviti dan perasaan kaum lain.

Inilah lagak pemimpin umno di Shah Alam, berak tengah jalan ta nak mengaku...
Lain kali fikir sebelum buat...bukan buat lepas tu baru nak fikir


Penganjur: Kehadiran kepala lembu satu misteri

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.

Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam


Sumber:Malaysiakini.com

4 ulasan:

  1. isk isk isk dah berak tengah jalan, tak nak mengaku

    BalasPadam
  2. ade ke boleh percaya sebagai satu misteri....
    pastu kepala lembu tu dtg dari maner?
    langit???
    tak elok la cam nie....

    BalasPadam
  3. Mahyudin mengaku ahli PAS? Ini trend baru puak-puak UMNO bila tindakan bodoh mereka terdedah - cepat-cepat mengaku jadi ahli PAS.

    Trend ini samalah dengan tektik MACC dan lain-lain agensi kerajaan apabila tersepit - cepat-cepat bagitau terima ugutan bunuh!

    Nampakkan persamaan tektik mereka-merekas ini!

    bat8

    BalasPadam
  4. sewaktu YB Rahman Palil mengarahkan surau sek 8 ditutup takde pulak Puak UMNO dan NGO berdemo atau membantah ,jgn ingat rakyat ShahAlam lupa dgn insiden ini memalukan org islam je.

    BalasPadam

Orang kito